Tuesday, June 9, 2009

Gabungan Pemuda Gelugor & Telaga Papan vs Pemuda Pilihan FC


Penjaring gol pembukaan pasukan Gabungan sedang mengintai peluang gol ke-3...


Berehat selepas perlawanan...depan dari kiri : jersey putih (goal keeper pasukan lawan), Ramzan (attacking midfielder), Abang Zack (striker), Ustaz Sublie (left winger)
belakang dari kiri :Ustaz Zukiman (goal scorer) & Mohd Tishaah Hamzah (reserved left back)


Team lawan yang jauh lebih muda dan bertenaga sedang merancang formula untuk merobek gol pasukan Gabungan


Ramzan Ibrahim berjalan keluar padang dengan penuh bergaya untuk ambil angin dan tambah tenaga

Bandar Baru Kerteh : Siri perlawanan futsal persahabatan menentang Pemuda Pilihan FC berlangsung dengan penuh dramatik dan suspen. Team Gabungan Pemuda turun ke gelanggang tanpa dua orang pemain utama Pengurus merangkap penyerang berbahaya Syed Khairi Amier Syed Raduan yang terpaksa bekerja shif malam dan berada di luar kawasan (outstation lah tu). Sementara itu Ad Asmera Abu Bakar tidak dapat turun kerana baru pulang dari menyertai xpdc dakwah dan riadah ke Tasik Kenyir dan masih lagi keletihan setelah berpanas dan berhujan selama 3 hari 2 malam dalam bot.

Kehadiran pemain berpengalaman Ustaz Zukiman Zakaria berjaya menaikkan semangat pasukan dan Ustaz berjaya menjaringkan gol pembukaan dengan rembatan kencang kaki kanan di sebelah kiri pintu gol lawan. Prestasi Ustaz berada di kemuncak pada malam itu apabila berjaya menjaringkan gol kedua pasukan melalui volley yang agak kencang diramalkan 180 km/j
setelah menerima umpanan midfielder Ramzan Ibrahim.

Walaupun keputusan keseluruhan seperti biasa iaitu kalah tetapi terdapat peningkatan dari segi gerakerja berpasukan dan skil individu disamping kekuatan stamina yang semakin mantap. Slogan wonderpack 'apa yang penting... kerjasama' berkumandang dari penyokong yang berada di bench.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online