Tuesday, June 23, 2009

Golongan Muda Aset Berharga Dalam Perjuangan Islam


Kerteh : Ustaz Kamaruzzaman Abdulah menyatakan para pemuda dan pemudi adalah merupakan aset paling berharga dalam mata rantai perjuangan Islam. Peranan yang dimainkan oleh orang muda sangat penting sepertimana sirah Nabi SAW menceritakan bagaimana Saidina Ali telah dilantik menjadi pembantu Nabi SAW sewaktu berumur 7 tahun di awal perlantikkannya sebagai Rasulullah. Para ibubapa/penjaga mesti memastikan anak mereka memahami ajaran Islam yang sempurna dan mendidik anak mereka menyertai pergerakan Islam semasa masih kecil sesuai dewngan perpatah melayu 'kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Tazkirah maghrib oleh Ustaz Kamaruzzaman yang diadakan di Surau Bukit, Taman Selasih, Kg. Baru Kerteh malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk sekitar Taman Selasih dan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR). Beliau juga mengingatkan kepada pemuda dan pemudi menggunakan tenaga yang kuat dan masa yang terluang ini untuk menginfaqkan diri dalam gerakan perjuangan Islam sebelum tiba hari tua yang sudah pasti akan menjelma nanti. Beliau juga meminta para pemuda dan pemudi mencari seberapa banyak ilmu terutamanya berkaitan ilmu akhirat sebagai bekalan dalam perjuangan dan hendaklah menjadi orang yang cerdik dari perspektif ajaran Islam bukannya cerdik dari tafsiran golongan intelektual. Kecerdikan yang hakiki bukan dengan kejayaan memasuki pusat menara gading dan memiliki ijazah, master mahupun Phd. Kejayaan sebenar ialah dengan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah swt dan inilah orang yang sebenarnya berjaya di dunia dan di akhirat. Beliau juga mengingatkan setiap orang Islam mesti menanam modal yang banyak dalam bentuk amalan yang mulia dan berjihad di jalan Allah untuk bekalan yang akan dinikmati di Hari Akhirat kelak.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online