Sunday, July 5, 2009

Pemuda DUN Kemasik Bersama Mu Di Kg. Batu Putih (Siri II)





Batu Putih : Program Pemuda Bersama Mu Siri II oleh Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda DUN Kemasik di Kampung Batu Putih diteruskan lagi dengan mengunjungi keluarga Allahyarham Wan Salim yang kembali ke rahmatullah baru - baru ini. Allahyarhan Wan Salim seorang yang mudah didekati dan banyak bergaul dengan masyarakat dan pemergiannya adalah satu kehilangan kepada masyarakat di Mukim Kerteh keseluruhannya. Semoga Allah meletakkan roh Allahyarham bersama golongan orang yang soleh. Pemuda DUN Kemasik mendoakan keluarga allahyarham tabah menghadapi segala ujian dari Allah dan meneruskan kehidupan dengan lebih tabah lagi.

Rombongan Pemuda DUN Kemasik ke rumah balu allahyarham disambut dengan balu allahyarham dan anak anaknya. Selepas bertanya khabar dan berkongsi cerita, Pengarah Majlis DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid mewakili pemuda DUN Kemasik menyerahkan sedikit sumbangan kepada anak lelaki allahyarham bagi mewakili keluarganya bagi meringankan sedikit beban kehidupan seharian.
Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda DUN Kemasik, Syed Khairi Amier Syed Raduan menyeru kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada golongan yang kurang berkeupayaan bolehlah mengubunginya melalui telefon 012 2367801 atau Setiausaha Pemuda DUN, Saiful Azmi Suhaili 013 9815788. Insyaallah segala sumbangan anda akan sampai kepada golongan sasaran dan mendapat kerahmatan dariNya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online