Friday, July 17, 2009

Misi Kemanusiaan Gaza - Palestin Di DUN Kemasik





Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik dengan kerjasama Jabatan Kerajaan & Swasta PAS Kawasan Kemaman telah melancarkan 'Rayuan Tabung Gaza - Palestin' peringkat DUN Kemasik pada 13hb. Mac 2009 lepas di hadapan Bazaar Majlis Perbandaraan Kemaman Cawangan Kerteh.

Objektif program ialah mengumpul dana untuk disalurkan kepada penduduk Palestin yang diganyang oleh Israel dengan sokongan dan dokongan kuat Amerika Syarikat, Great Britain dan sekutunya. Para pengunjung program amat bertuah kerana dapat bertemu mata dan mendengar ucapan ringkas dari Tuan Haji Mat Sabu yang singgah sekejap dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Hadir sama memberi sokongan ialah Tuan Haji Ismail Harun, Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman dan Tuan Haji Salahuddin Hashim, Setiausaha PAS Kawasan, Ustaz Alias Abdul Hamid selaku Pengarah MTD Kemasik dan Saudara Amri Mamat sebagai Timbalan Pengarah MTD.

Konsep makan pagi sambil menderma ini mendapat sambutan yang hangat dari segenap lapisan masyarakat yang datang untuk menunjukkan rasa keprihatinan dan kecaknaan dengan isu Gaza - Palestin ini. Nyatalah isu Gaza - Palestin ini bukanlah isu penduduk di Semenanjung Gaza sahaja. Bukan juga isu negara - negara Arab semata - mata. Ianya isu global yang pasti menyentuh hati dan perasaan setiap insan yng mengaku dirinya beragama Islam.

Para tetamu dan pengunjung diraikan dengan pelbagai juadah makanan pagi. Juadah ini disumbangkan oleh Cawangan - Cawangan PAS dalam DUN Kemasik. PAS Cawangan Kg. Chabang telah menyediakan tiga gantang nasi dagang habis dalam masa satu jam, Cawangan Kg. Telaga Papan telah menyediakan laksam sebanyak 100 batang, Cawangan Batu Putih (karipap panas), Cawangan Penelex/TWA (nasi lemak), Cawangan Gelugor (laksa Terengganu), Cawangan FELDA Kerteh 5 (mee hon goreng), Cawangan Semayor (agar - agar), Cawangan Pengkalan Ranggon (Tapai), Cawangan Kg. Baru Kemasik (ketupat) dan Cawangan Kg. Baru Kerteh (keropok goreng). Inilah semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi dari pencinta keamanan yang sanggup menyediakan juadah secara percuma untuk kutipan dana Palestin.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online