Saturday, June 27, 2009

Konvensyen Pemuda Islam Kemaman 2009 - PAS Memimpin Perubahan





Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) akan menganjurkan Konvensyen Pemuda Islam Kemaman 2009 pada 31 Julai 2009 (Jumaat) bertempat di Mujamma As Shafie, Taman Islam Kemaman. Perasmian dijangka dilakukan oleh Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang baru dipilih menerajui sayap kanan PAS Pusat baru - baru ini.

Objektif utama konvensyen ialah untuk mengumpul semua tenaga Pemuda Islam samada ahli maupun penyokong yang berada di 4 DUN iaitu DUN Kemasik, Kijal, Chukai dan Air Putih bagi memulakah langkah gerak kerja seterusnya bagi memenangi pilihanraya umum ke-13 nanti. Pelbagai acara telah dirangka untuk mengoptimunkan peluang berjumpa dengan para pemuda dari peringkat akar umbi yang akan menjadi petugas parti yang penuh komited dan istoqomah.

Konvensyen ini bersesuaian dengan tema ucapan dasar YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS di Muktamar Agung Kali ke-55 iaitu 'PAS Memimpin Perubahan'. Senario politik semasa menunjukkan rakyat sudah bersedia memberi amanah pemerintahan kepada Pakatan Rakyat dan disinilah bermulanya peranan para pemuda Islam yang bersama PAS menerajui perubahan tersebut.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online