Saturday, July 11, 2009

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman Sessi 2009/2011 : Gabungan AJK Lama Dan Tenaga Baru











Jabatan PASTI Kawasan Kemaman yang bertanggungjawap mengurus dan menyelia perjalanan 24 buah PASTI di seluruh Kemaman telah selesai melantik ahli jawatankuasa baru Sessi 2009/2011 semalam. Kehadiran Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus dan Bendahari, Mahadi Mahmud menunjukkan satu komitmen yang tinggi akan diberikan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman terhadap perjalanan PASTI seterusnya. Beliau berkeyakinan dengan perlantikkan ahli jawatankuasa baru akan memperkukuhkan dan memperkemaskan lagi gerak kerja PASTI samada diperingkat DPPKK, PASTI Kawasan dan PASTI Qaryah.

Jabatan PASTI Kawasan Kemaman sessi 2009/2011 diketuai oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim selaku Pengerusi, Mohd Tishaah Hamzah (Timbalan Pengerusi I -Akademik), Ridzuan Mohd (Timbalan Pengerusi II - Pentadbiran dan Ketua Pendaftaran), Usman Yusoff (Setiausaha), Abu Abbas Abdul Hamid (Penolong Setiausaha), Sapiney Ismail (Bendahari), Wan Mohd Zawawi Wan Hassan (Penolong Bendahari & Ketua Perbekalan), Puan Hasnah Abu Bakar (Ketua MGP), Zulkifli Mat Zain (Ketua Unit Peperiksaan), Azman Kadir (Ketua ICT) dan Abdul Rolit Md Yusof (Ketua Kebajikan Guru & Pelajar).

Pengerusi PASTI Kawasan Kemaman dalam ucapan aluannya sempena perlantikan ahli jawatankuasa baru berjanji akan memberi perhatian yang lebih serius terhadap PASTI dan mengharapkan kerjasama dari semua yang dilantik.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online