Tuesday, June 9, 2009

PASTI Marang Juara Futsal 2009

Pasukan netball PASTI Kuala Terengganu bersama Pengurus Pasukan dan Coach - muncul Johan 2009


Pasukan futsal PASTI Besut muncul tempat ke-3


Pasukan futsal PASTI Dungun berjaya menjadi Naib Johan setelah tewas kepada PASTI Marang dalam perlawanan akhir

Ucapan perasmian oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman


Berdiri dengan segak barisan AJK Karnival Sukan 2009...ditengah - tengah orang kuat Jabatan PASTI Negeri Terengganu Ustaz Sulaiman Sulong

Karnival Sukan PASTI Terengganu 2009 memperlihatkan kecemerlangan PASTI Marang dalam karnival tahunan tersebut. PASTI Marang menjuarai futsal setelah menewaskan PASTI Dungun 3-2 dalam perlawanan akhir. PASTI Besut mendapat tempat ke-3 setelah menewaskan PASTI Setiu 5-4 dalam penentuan sepakan penalti.

PASTI Kuala Terengganu berjaya menjadi jaguh bolajaring setelah menewaskan PASTI Marang dalam perlawanan akhir sementara PASTI Dungun mengalahkan tuan rumah PASTI Kemaman dalam perlawanan tempat ke-3/4.

PASTI Marang dinobatkan Juara Keseluruhan dengan membawa pulang Piala Pusingan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu setelah merangkul gelaran Johan futsal dan Naib Johan bola jaring.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ustaz Alias Abdul Hamid, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman pada sebelah paginya dan majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Ridhuan Hashim selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu di sebelah petangnya.

Penutup karnival secara simbolik dilakukan dengan penyerahan bendera karnival oleh Penyelaras PASTI Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim kepada bakal tuan rumah karnival 2010 iaitu PASTI Besut yang diwakili oleh Ustaz Mohd Kasbi Ismail selaku Penyelaras PASTI Besut. Sayonara dan jumpa lagi di Besut tahun depan 2010...

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online