Saturday, June 27, 2009

Pertandingan Futsal Pantai Tertutup Untuk Pemuda Di Kerteh





KERTEH : Pertandingan Futsal Pantai Tertutup untuk pemuda di sekitar Kg. Gelugor, Kg. Labohan, Kg. Tengah dan Kg. Telaga Papan telah diadakan di pantai Kerteh. Sebanyak 24 buah pasukan telah menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut diadakan dalam 4 kumpulan dan pasukan yang menjadi johan dan naib johan setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya.

Menurut Ketua Penganjur pertandingan, Mohd Nazran Mohd Nor antara objektif utama diadakan pertandingan ini adalah untuk merapatkan hubungan persaudaraan antara pemuda - pemuda di sekitar kampung tersebut. Selain itu, ianya dapat mengurangkan budaya berkeliaran dan membuang masa tanpa melakukan aktiviti yang bermanafaat dan berfaedah.

Beliau bercadang menjadikan pertandingan ini sebagai acara tahunan dan berharap orangramai/syarikat/korporat dapat menyokong usaha ini dengan memberi sumbangan kewangan.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online