Sunday, September 25, 2011
CERAMAH UMUM DI KG. TENGAH, KERTEH
Dari kiri ; Ustaz Alias, YB Wan Yusoff, Amri Mamat dan Saudara Lee.
YB Wan Yusoff Wan Mustaffa, ADUN Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan mengajak rakyak di Terengganu berubah dengan menumbangkan UMNO/BN dalam PRU Ke-13 demi kesejahteraan anak dan cucu.
YB ADUN Sekinchan, Ng Swee Lim melaporkan kejayaan kerajaan PR di Selangor.
Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias memberi ucapan aluan kepada hadirin.
Timbalan Pengarah PAS DUN Kemasik, Amri Mamat selaku pengacara majlis.
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 9:16 PM 0 comments
CERAMAH UMUM DI KG. CHABANG, KERTEH
Dari kiri ; Ustaz Alias, Ustaz Saiful Bahri, YB Salahuddin Ayub dan Amri Mamat.
YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS sedang berucap.
YB Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan membawa isu Kelantan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Saiful Bahri Mamat sedang berucap.
Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid sedang memberi ucapan aluan.
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 9:06 PM 0 comments
Sunday, September 18, 2011
CERAMAH PERDANA DAN CERAMAH UMUM DI DUN KEMASIK
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:09 PM 0 comments
Ustaz Alias, Pengarah PAS DUN Kemasik ziarahi mangsa ribut di FELDA Kerteh 5 & 6
Ustaz Alias meninjau dari dekat kerosakan pada salah sebuah kereta akibat ribut.
Ustaz Alias bersama salah seorang peneroka yang rumahnya mengalami kerosakan teruk.
Ustaz Alias bertanya khabar kepada seorang peneroka di FELDA Kerteh 6.
Ustaz Alias bersama Pengurus FELDA Kerteh 5, Hj Ariffin di lokasi salah sebuah rumah mangsa.
Ustaz Alias meninjau kerosakan rumah manga ribut dari dekat.
Omar Abdul Rahman, 46 tahun menunjukkan sebatang pokok besar yang tumbang.
Unit Amal sedang membersih lantai salah sebuah rumah yang dilanda ribut.
Unit Amal sedang memotong dan membersih pokok yang tumbang.
Kerteh, 19hb. September - Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik meluangkan masa setengah hari untuk menziarah dan meninjau rumah mangsa ribut di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6 pada pagi semalam.
Kejadian ribut disertakan hujan lebat tersebut menyebabkan hampir 60 buah rumah di FELDA Kerteh 5 dan 100 buah di FELDA Kerteh 6 mengalami kerosakan.
Tinjauan wakil www.pemuda pas kemasik.blogspot.com di tempat kejadian mendapati kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada struktur bumbung akibat asakan ribut kuat.
Selain rumah, beberapa buah kereta juga terlibat apabila garaj kereta tersebut runtuh dan menghempap kereta.
Rosman Rani, 36 tahun berkata, 'garaj kereta saya runtuh dan menghempap sebahagian besar badan kereta, cermin hadapan dan belakang pecah dan kerosakan teruk pada bumbung dan kos untuk membaikinya dianggarkan RM15,000', katanya yang juga merupakan Setiausaha PAS Cawangan FELDA Kerteh 5.
Seorang lagi mangsa, seorang anak peneroka, Ibrahim Daud menceritakan detik - detik kejadian, 'lebih kurang pukul 4.00 petang angin kuat disertai dengan hujan lebat turun dan dalam masa 10 minit terakhir rumah bapa saya bergoyang dan beberapa kepingan bumbung diterbangkan angin', jelasnya.
'Apabila suasana telah reda, saya keluar rumah dan mendapati bahagian depan kereta GEN-2 saya kemek teruk dipercayai akibat dihentam objek yang berterbangan, kos membaikinya dianggarkan RM3,000', ujarnya lagi.
Bagi peneroka, Omar Abdul Rahman, 46 tahun, beliau bersyukur kepada Allah kerana rumahnya hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian bumbung dan kesemua ahli keluarganya selamat dari kejadian tidak diingini.
Ustaz Alias yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kemaman sempat beramah mesra dengan Pengurus FELDA Kerteh 5, Haji Ariffin yang turun ke lokasi kejadian bagi mendapat maklumat dari mangsa.
Ustaz Alias berkata, 'saya dimaklumkan oleh Pengurus FELDA Kerteh 5, Haji Ariffin setakat ini seramai 60 peneroka di FELDA Kerteh 5 dan 100 orang di FELDA Kerteh 6 telah membuat laporan kerosakan rumah mereka di Pejabat Pengurusan FELDA', katanya.
Beliau seterusnya berkata, 'pihak Pengurusan FELDA ada memaklumkan mengenai insuran bencana dan semua kerja - kerja membaiki kerosakan akan dibuat oleh pihak insuran dalam tempoh tersekat ini', jelasnya lagi.
Pengarah PAS DUN Kemasik berkata mengenai kejadian ribut tersebut, 'Pihak PAS DUN Kemasik ingin merakamkan perasaan simpati dengan musibah yang melanda dan berharap semua mangsa bersabar dengan ujian Allah ini', katanya.
Beliau menambah, 'Apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya berharap para peneroka dapat bermuhasabah diri dan redha dengan apa yang berlaku', katanya lagi.
'Pihak PAS DUN Kemasik Insyaallah akan menganjurkan solat hajat delam masa terdekat ini bersama para peneroka FELDA untuk memohon agar peristiwa ini tidak akan berulang kembali dan dijauhkan dari segala musibah', katanya mengakhiri kenyataan.

Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 7:29 PM 1 comments
Friday, September 16, 2011
Sunday, September 11, 2011
Monday, September 5, 2011
Wednesday, August 24, 2011
SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI PAS DUN KEMASIK
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:59 PM 0 comments
Tuesday, August 23, 2011
PAS DUN Kemasik Edar 500 Bubur Lambuk Di Kerteh
Skuad 'PAS Bersama Mu - Masih Ada Yang Sayang' sebelum bergerak ke Bazar Ramadhan Bandar Baru Kerteh dan Pasar Malam Taman Wan Adnan Kerteh.
Kerja - kerja packing sedang dijalankan.
Timbalan Pengarah DUN, Amri bersama Timbalan Ketua Pemuda DUN, Wan Faisal sentiasa ceria.
Amri Mamat sedang menyampaikan sumbangan kepada seorang pengunjung pasar malam.
Amri bersama seorang penerima.
Setiausaha DUN turut menerima sumbangan bubur lambuk dari Wan Faisal.
Wan Shafie (tengah) sedang mengagihkan bubur lambuk.
Timbalan pengarah DUN, Amri bersama Timbalan Ketua Pemuda DUN dan Setiausahanya.
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:36 PM 0 comments
Saturday, August 20, 2011
Sekitar Daurah DUN Kemasik & Berbuka Puasa Di PASTI Al Munawwarah, Kg. Pengkalan Ranggon, Kerteh
Ustaz Hishamuddin (tengah) membentangkan kertas kerja Daurah Tarbiyyah DUN bertajuk 'Ukhuwah Islamiyyah' di PASTI Al Munawwarah, Kg. Pengkalan Ranggon petang semalam.
Ustaz Alias (paling kiri), Pengarah DUN sedang memberi ucapan aluan.
Dari kanan ; Azminuddin (Setiausaha PAS Caw Pengkalan Ranggon) bersama Roslan (Setiausaha DUN) & Mohd Abdullah (Ketua Caw Pengkalan Ranggon).
Dari kiri ; Haji Razaki, AJK Caw Batu Putih bersama Setiausaha Pemuda DUN, Saiful Azmi.
Dari kanan ; Haji Salleh Mohd Amin, Haji Ibrahim dan Haji Kapten (R) Zulkifli Samad tekun mendengar pembentangan kertas kerja.
Mohd Robi Adam, Bendahari PASTI Al Munawwarah sedang audit wang kutipan tabung.
Zulkifli nampak letih tapi masih bersemangat tunggu waktu berbuka...
Sebahagian peserta Daurah DUN.
Dai kiri ; Ustaz Hishamuddin (kiri) bersama Ustaz Alias sebelum berbuka puasa.
Dari kiri ; Hj Ibrahim, Amri Mamat, Ustaz Sublie dan Roslan di meja VIP.
Dari kiri ; Wan Faisal, Wan Sulaimi & Hj Salleh di meja VIP.
Ariffin Yusof (paling kiri) bersama Rosman Rani (paling kanan) sudah bersiap sedia untuk berbuka.
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 12:05 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)