Saturday, June 27, 2009

Usrah Bulanan & Brainstorming Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman





Usrah Bulanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman diikuti dengan sessi brainstorming telah diadakan di Pejabat PAS Kawasan Kemaman. Slot usrah dikendalikan oleh Ustaz Hishamuddin Abdul Karim selaku Setiausaha Dewan Ulama PAS Kawasan Kemaman menggantikan naqib Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Jamaluddin Hafiz yang tidak dapat hadir kerana menghadiri urusan yang lebih penting.

Antara pengisian usrah ialah tafsiran Surah Al Ahzab : 23 menceritakan sebab - sebab kemenangan diberikan oleh Allah swt kepada para pejuang agamaNya. Pertempuran antara haq (kebenaran) dan batil (kepalsuan) serta golongan Islam dan golongan kuffar tidak semestinya dimenangi oleh pasukan yang memperjuangkan haq. Perang Uhud menunjukkan kemenangan tentera Islam dalam sekelip mata sahaja bertukar menjadi tragedi tatkala mereka tidak taat pada arahan kepimpinan. Kemenangan dan kekalahan ini bergantung kepada 'asbab' iaitu sebab musabab dan cara perjalanan yang dirancang, dipersetujui dan dilaksanakan.

Demi mencapai kemenangan Islam di Kemaman, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah mengadakan sessi brainstorming sebagai garis panduan yang jelas bagi mengharungi perjalanan parti selama setahun. Pelbagai program dan aktiviti dari setiap lujnah dan jabatan dibentangkan serta dikupas dan dipersetujui bersama. Semoga usaha ini akan mendapat pertolongan dariNya dan mencapai objektif sasaran.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online