Tuesday, June 9, 2009

Majlis Ihtifal PASTI Ar Rahman Kg. Baru Kerteh


Persembahan nasyid pelajar 5 tahun dengan warna tema merah judul lagu 'Sepohon Kayu'


Persembahan pelajar 6 tahun yang akan meninggalkan PASTI...selamat majujaya di sekolah baru dan Ingat Islam...Ingat PASTI

Penghargaan dan penyampaian hadiah kepada pelajar menjadi program kemuncak dalam setiap sessi pra persekolahan saban tahun di PASTI. Pelajar yang cemerlang akan menerima hadiah penghargaan dari pihak pengurusan di qaryah masing - masing. Ibubapa/Penjaga pelajar datang meraikan kejayaan anak mereka menamatkan sessi pra sekolah.

Pendidikan PASTI menyediakan sistem pembelajaran yang berteraskan pendidikan Islam untuk anak anda seawal 4 tahun. Ada pelajar yang datang ke sekolah dengan masih lagi memakai 'pampers'. Inilah cabaran dan kesabaran yang perlu dihadapi oleh para guru PASTI selama 200 hari dalam setahun. Pelajar yang menangis, merajuk dan pelbagai ragam lagi memerlukan kecekalan guru untuk mengharungi setiap detik dan masa selama 3 jam sehari 5 hari seminggu bersama pelajar.

Apapun peristiwa bermula dari hari pertama persekolahan sehingga hari terakhir pembelajaran, kepuasan akan terpapar di wajah kami para pasukan pengurusan dan para guru. Lihatlah kebolehan pelajar menunjukkan kebolehan mereka pada Majlis Ihtifal PASTI. Terima kasih kepada Ibubapa/Penjaga pelajar yang memberi kepercayaan kepada kami mendidik tunas mereka. Tidak lupa kepada orangramai dan para penderma makanan yang saban minggu tidak pernah 'miss' dengan menu yang berbeza dan lazat. Terima kasih semua...

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online