Friday, July 10, 2009

Jom ! Jom ! Ke Konvesyen Pemuda Islam Kemaman 2009




Semua Pemuda Islam yang berada di Kawasan Kemaman dan DUN Kemasik dijemput ke Majlis Konvesyen Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) 2009 yang akan diadakan pada 31hb. Julai 2009, Jumaat pukul 2.30 petang bertempat di Dewan Mujamma', Taman Islam Kemaman. Konvesyen ini menjadi medan perhimpunan para Pemuda Islam di seluruh Kemaman untuk bertemu mata dan beramah mesra dengan para kepimpinan Dewan Pemuda secara lebih dekat lagi. Ianya akan menjadi titik tolak gerak kerja secara bersepadu kearah memenangi PRU Ke-13 nanti. Tema 'PAS Memimpin Perubahan' sepertimana ucapan dasar YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS di Muktamar Agung Kali Ke-55 lepas Insyaallah akan direalisasikan oleh para pemuda yang menjadi salah satu sayap penting dalam PAS.


Majlis perasmian konvensyen akan dilakukan oleh YB AlFadhil Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT). Antara pengisian program ialah slot 'Sembang - Sembang Sejarah' dimana dua orang mantan ketua pemuda di peringkat negeri dan kawasan akan dijemput iaitu Alfadhil Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat (mantan Ketua DPPNT) dan Ustaz Alias Abdul Hamid (mantan Ketua DPPKK).

Sekretariat Pemuda DUN Kemasik menyeru semua pemuda yang berminat diminta menghubungi Ketua Pemuda PAS di cawangan masing - masing dengan kadar seberapa segera disebabkan tempat adalah terhad maka pihak penganjur akan menerima penyertaan pemuda berdasarkan kepada 'first come first serve' sahaja.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online