Tuesday, July 14, 2009

Pengundi Manek Urai Sokong Islam Tolak Sekularisma (Jahilliyyah)




























Calon PAS Fauzi Haji Abdullah, 50 tahun berjaya memenangi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai setelah memperolehi 5,348 undi berbanding calon UMNO/BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39 tahun yang mendapat 5,283 undi dengan majoriti 65 undi.

Kemenangan ini membuktikan pengundi lebih yakin memilih calon dari parti yang mempersadakan Islam dan menolak calon dari parti perkauman dan sekularisma UMNO sekalipun mempertaruhkan seorang calon yang berkelulusan sebuah universiti tempatan. Calon PAS seorang pemborong ikan di Pasar Besar Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Kawasan Kuala Krai manakala Tuan Aziz Tuan Mat adalah seorang Pengurus di Kesedar merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.

Kempen besar - besaran oleh BN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sehingga diperingkat mengistiharkan DUN Manek Urai adalah DUN Anak Angkat BN ternyata gagal mengabui mata pengundi Manek Urai. Tawaran pembangunan dan kebendaan mewarnai corak kempen BN sehingga berjanji akan mengotakan apa sahaja permintaan penduduk Manek Urai sekiranya BN memenangi PRK ini. Inilah antara rasuah politik yang paling besar pernah diucapkan di khalayak ramai di Manek Urai. Tawaran ini timbul bilamasa BN berada dalam keadaan terdesak untuk menang dan tiada pilihan lain kecuali menang. Ternyata penduduk Manek Urai tidak mudah menelan segala janji dan tawaran dengan begitu mudah.

Penolakan rakyat terhadap BN ini adalah kesinambungan dari wadah baru politik rakyat Malaysia. Selepas tumbang di empat buah negeri dan gagal merampas Kelantan serta hilang majoriti 2/3 di parlimen, rakyat terus menolak BN di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang manakala DUN Bukit Selambau di Kedah, DUN Penanti di Pulau Pinang dan terbaru DUN Manek Urai di Kelantan.

Rakyat sudah bosan dengan BN yang ternyata gagal setelah 50 tahun diberi mandat pemerintahan. Gejala rasuah yang gagal dibendung memburukkan lagi keadaan dan campurtangan politik dalam institusi kehakiman menyebabkan rakyat yang celik maklumat dapat menilai kualiti sesebuah kerajaan yang diidamkan.

Manek Urai merupakan PRK yang ke 5 UMNO/BN dihumban oleh pengundi ke dalam lubang. Momentun ini dijangka akan berterusan menjelang PRU ke-13 nanti walaupun PM Najib Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia. Slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan ternyata hanya retorik semata- mata bagi menutupi imej Pak Lah dengan slogan Islam Hadhari. Manek Urai adalah lampang manifestasi rakyat yang sudah muak, bosan dan jemu dengan politik perkauman yang didominasi oleh UMNO dan kemenangan calon PAS seorang pemborong ikan mengalahkan pengurus berkelulusan ijazah telah menceritakan segala - galanya.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online