Sunday, July 5, 2009

Pemuda DUN Kemasik Bersama Mu Di Kg. Batu Putih (Siri I)



Batu Putih : Pemuda DUN Kemasik meneruskan aktiviti sepertimana yang dirancang untuk tahun 2009 ini melalui Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda DUN Kemasik. Kali ini kunjungan ke rumah keluarga yang ditimpa kesusahan dan musibah di Kampung Batu Putih, Kerteh.

Turut sama menyertai program dan menyampaikan sedikit bantuan ialah Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Ketua PAS Cawangan Batu Putih, Haji Abdul Rahman Daud (a.k.a Haji Ibrahim), Hamizan Abdul Hamid (Setiausaha PAS Cawangan Batu Putih), Saiful Azmi Suhaili (Setiausaha Pemuda DUN Kemasik), Syed Khairi Amier Syed Raduan (Ketua Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda DUN Kemasik) dan Abu Abbas Abdul Hamid (Penolong Setiausaha Pemuda DUN Kemasik).

Pemuda DUN Kemasik akan meneruskan usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira fahaman politik dan di saat menghadapi pilihanraya sahaja. Komitmen kami ialah merealisasikan program Pemuda Bersama Mu di setiap kampung yang berada dalam DUN Kemasik ini.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online