Friday, July 17, 2009

Tarif Elektrik Akan Naik....Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Warna Merah...
Warna Merah...

Kenaikan tarif elektrik akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Terima kasih kerajaan UMNO/BN. Ianya terjemahan dari gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Terima kasih kepada PM Najib Razak. Inilah bonus sempena dengan 100 hari memegang tampuk kekuasaan. Kenaikan ini adalah antara hadiah istimewa kepada rakyat Malaysia dan para pengundi UMNO/BN yang telah memberi undi mereka pada PRU ke-12 lepas. Percayalah kenaikan ini tidak akan menyebabkan rakyat terbanyak kebuluran dan kerajaan UMNO/BN akan memastikan kenaikan tarif elektrik ini tidak akan menyusahkan dan membebankan golongan miskin. Inilah janji kerajaan UMNO/BN yang selalu berkumandang setiap kali mengumumkan kenaikan kadar sesuatu perkhidmatan asas. Kami rakyat mengucapkan terima kasih dengan sikap keprihatinan dan kecaknaan kerajaan UMNO/BN menaikkan tarif elektrik. Kereta kami tidak menggunakan elektrik. Tidak menjadi masalah lagipun kadar tol kami telah diberi potongan sebanyak 20 peratus.

Terima kasih kerajaan UMNO/BN. Tetapi ingat, dalam PRU ke 13 nanti kami akan memastikan lima buah negeri lagi akan mengikut negeri Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan. Itu sahaja janji kami kerana kami tidak dapat menghalang kenaikan ini demi kemajuan.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online