Friday, July 24, 2009

Usrah Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman Kali Ke 05







Usrah Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman Kali Ke 05 telah berlangsung pada pagi Jumaat, 24hb Julai 2009 di PASTI Ar Rahman, Kg. Baru Kerteh. Majlis dipengerusikan oleh Saudara Wan Mohd Rahimi Abu Suffian dan Haji Roziman Yahaya sebagai pembentang teks 'Apa Erti Saya Menganut Islam' karangan Allahyarham Fathi Yakan.

Ustaz Nik Nasri Nik Malik, Timbalan Ketua Lujnah Tarbiyyah & Kepimpinan, PAS Kawasan Kemaman sebagai Naqib telah mengulas secara mendalam ciri - ciri yang perlu ada kepada para pemimpin dan pejuangan Gerakan Islam. Para pemimpin dan pengikut Gerakan Islam wajib mempunyai akidah dan kefahaman yang tinggi berkenaan dengan Islam.Ini kerana para musuh islam akan mencuba sedaya upaya untuk mencari kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin dan pengikut Gerakan Islam untuk merendahkan kesucian Islam itu sendiri. Realiti ini dapat diperhatikan di media massa elektronik dan cetak dimana berlaku penyiaran berita yang remeh temeh melibatkan kepimpinan dan pengikut Gerakan Islam manakala segala kebobrokan, kezaliman dan kesalahan pemimpin berkefahaman sekular cuba dilindungi dan dibaikpulih imej mereka.

Al fadhil Ustaz Naqib juga mengulas berkenaan dengan kualiti pemimpin dan penyokong Gerakan Islam masakini terutamanya bila melibatkan persoalan ibadah. Hasil dari ibadah ini akan mewarnakan corak jemaah itu sendiri dan kita tidak mahu dianggap mempunyai kualiti yang rendah umpama buih di lautan yang nampak banyak tetapi hakikatnya kosong dan mudah ditolak ke tengah dan ke tepi.

Usrah Bulanan PASTI/KAFA Al Abrar & Ar Rahman Kali Ke 05 ini telah dihadiri oleh Saudara Wan Mohd Faisal Wan Abdullah (Timbalan Pengerusi PASTI Ar Rahman), Ustaz Mohd Azrul Mohd Zubir (Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh), Mohd Zuraidi Kassim (Setiausaha Pemuda PAS Cawangan Kg. Baru Kerteh), Mohd Tishaah Hamzah (Pengerusi PASTI Al Abrar), Syed Khairi Amier Syed Raduan (Timbalan Pengerusi PASTI Al Abrar), Abu Abbas Abdul Hamid (Setiausaha PASTI Al Abrar), Saiful Azmi Suhaili (Setiausaha KAFA Al Abrar), Hj Roziman Yahaya (Bendahari KAFA Al Abrar), Wan Mohd Rahimi Ab Suffian (AJK Pemuda PAS Kg. Gelugor) serta Puan Mahani Mohd, Puan Dayang Man & Puan Sri Hariani Zakaria (guru PASTI Al Abrar), Ustazah Cik Norsyuhada Hj Wahab (Guru KAFA Al Abrar) dan Puan Zaini Jib (Guru PASTI Ar Rahman).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online