Thursday, August 6, 2009

Antara Dua Darjat...Inilah Demokrasi Negaraku 1Malaysia



Himpunan BANTAH ISA diteruskan walaupun mendapat ugutan dari pelbagai pihak. Perkara 10 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada setiap warganegara untuk berkumpul dan berhimpun secara aman. Sambutan dari para pejuang keadilan perbagai peringkat usia dan bangsa telah melampui gertakan dan ugutan pihak berkuasa yang dikongkong oleh kerajaan UMNO/BN yang korup.

Demontrasi adalah satu himpunan segerombolan manusia berkumpul dan berarak menyatakan persetujuan ataupun ketidakpuashatian mereka. Demontrasi tidak semestinya bersifat anti dan tidak semestinya bersifat pro. Demontrasi kebiasaanya dilakukan di tempat atau lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dan di bandar besar ataupun di pusat pentadbiran syarikat atau negara. Mereka yang menyertai demontrasi ingin menyampaikan mesej yang dibawa kepada masyarakat sekeliling dan kebiasaanya disiarkan di dalam media arus perdana. Rakyat diluar akan menilai apakah mesej yang ingin disampaikan oleh mereka yang mengadakan demontrasi tersebut.

Demontrasi berlaku di Manila bukanya di Mindanao. Demontrasi berlaku di Jakarta bukannya di Sumatera atau Kepulauan Jawa. Demontrasi berlaku di Seoul, Korea Selatan di Bangkok, Thailand. Demontrasi berlaku di Medan Tiennam di China, Times Square di England, Washington DC dan Los Angeles di Amerika Syarikat dan Amsterdan di Belanda. Demontrasi telah dan akan terus berlaku di Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kompleks SOGO dan Kompleks Pertama di Kuala Lumpur, Malaysia. Apa yang aneh dan peliknya?.

Justeru itu, demontrasi telah dan akan terus berlaku samada negara itu Negara Maju, Negara Sedang Membangun, Negara Dunia Ketiga maupun Negara mundur di Benua Afrika. Apa yang peliknya dengan demontrasi?

Demontrasi juga berlaku di Shah Alam apabila sekumpulan pelajar diberikan tshirt berwarna hitam dan disuruh berarak ke Bangunan SUK Negeri Selangor. Mesejnya jelas susulan dari ucapan YAB Menteri Besar Selangor mencadangkan UiTM dibuka kepada semua kaum. Lupakah para mahasiswa dan mahasiswi dengan Akta AUKU yang melarang pelajar universiti melibatkan diri dalam politik? Siapa yang memberi permit demontrasi? Siapa dalang? Kemana perginya Timbalan Naib Cancelor waktu tersebut? Berapa orang mahasiswa/i telah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbir UiTM?

Kenapa pelajar dan mahasiswa/i yang menyertai himpunan BANTAH ISA dikenakan tindakan tatatertib sedangkan rakannya di Shah Alam terlepas? Inikah bentuk undang - undang yang mahu diajar kepada para pelajar di sekolah dan mahasiswa/i di universiti? Bodohkan para mahasiswa/i di universiti? Tidakkah mereka tidak boleh berfikir sedikitpun dan menyatakan pendirian mereka masing - masing kerana mereka inilah bakal peneraju negara detik mendatang.

Kenapa ada dua undang - undang yang berbeza dalam Malaysia...Kenapa wujudnya antara dua darjat ini? Tidakkah inilah yang dikatakan HAPRAK?.

oleh
x-UiTM Seri Manjung & Shah Alam

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online