Friday, August 14, 2009

Dakwaan rasuah : ADUN UMNO Terengganu dibebas dengan ikat jamin



Ogos 7, 2009 4:50pm

Seorang ADUN UMNO Terengganu daripada BN yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad lalu - kerana didakwa menerima sogokan lebih RM20,000.00 - dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kemaman dengan ikatjamin. Ketika ditahan didapati RM5,000.00 berada bersama ADUN UMNO Terengganu tersebut.

ADUN UMNO Terengganu berkenaan bersama dua lagi rakannnya, diperintah dilepaskan, masing-masing dengan ikatjamin RM5,000.00 dengan seorang penjamin setiap seorang, sehingga tarikh perbicaraan ditetapkan.

Peguam Syed Azimal Syed Abu Bakar yang mewakili ADUN UMNO Terengganu tersebut berkata, anak guamnya bersama dua lagi tertuduh, juga diarah melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga tarikh berkenaan, lapor Bernama.

Perintah itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rofiah Mohamad, dalam prosiding tertutup yang dijalankan di kamar hakim disebabkan hari ini merupakan hari cuti di Terengganu.

Sebelum itu, Syed Azimal berkata, anak guamnya telah dibawa ke Hospital Daerah Kemaman pagi tadi untuk tujuan pemeriksaan kesihatan setelah mengadu sakit dada.

Ketiga-tiga tertuduh tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 10.40 pagi tadi dengan menaiki tiga buah kenderaan, dan dua daripada mereka, termasuk ADUN UMNO Terengganu itu, dilihat memakai topeng penutup muka dan topi.

Mereka meninggalkan mahkamah pada jam 11.30 pagi.

Perkarangan mahkamah turut dipenuhi dengan penyokong dan sanak saudara ketiga-tiga tertuduh sejak awal pagi lagi.

Ahli politik itu bersama dua rakannya ditahan di sebuah hotel di Kemaman Ahad lalu kerana didakwa menerima sogokan RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju berkaitan komisyen satu projek lanskap di Kuala Lumpur.

sumber dari malaysiakini

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online