Konvesyen Pemuda Islam Kemaman 2009 telah dirasmikan oleh YB Al Fadhil Ustaz Mohd Noor Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT). YB Al Fadhil Ustaz mengariskan beberapa pendekatan yang perlu dilakukan oleh para pemuda untuk mencapai kemenangan dalam PRU ke-13 nanti. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) kerana terpilih sebagai tuan rumah Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2009 pada bulan Oktober nanti.
Konvesyen yang julung kali diadakan oleh DPPKK berjaya mengumpulkan 400 pemuda dari empat buah DUN yang merupakan tenaga utama menggerakkan aktiviti pemuda samada di peringkat pemuda cawangan, Urusan Pengundi Muda Unit Peti Undi (UPU), pemuda DUN maupun Dewan Pemuda sendiri.
Tema konvensyen 'Pemuda Wibawa Memimpin Perubahan' menjadi motivasi kepada para pimpinan dan ahli pemuda untuk bergerak menuju kemenangan di PRU ke-13 nanti. Majlis diserikan lagi dengan tayangan montaj 'Pemuda Wibawa Memimpin Perubahan'. Sempena dengan konvesyen ini DPPKK telah melancarkan lagu 'Semarak Perjuangan' sebagai lagu tema DPPKK sebagai pambakar semangat para pemuda untuk memperkasakan perjuangan PAS.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Dr Megat Suhaimi Megat Idrus telah membentangkan lapan asas utama yang akan dijadikan panduan kepada semua ahli pemuda PAS bagi menghadapi cabaran semasa iaitu konsep 'pemuda wibawa memimpin perubahan', memperkasakan Unit Kerja Jemaah (UKJ), pentarbiyyahan kepada pemuda, proses penkaderan dan pemimpin pelapis, konvensyen dan penyertaan ke perhimpunan, masa depan dan hala tuju PASTI, memartabatkan Unit AMAL dan peranan pemuda menjelang PRU ke - 13 nanti.
Turut memberi semangat kepada peserta konvesyen ialah Tuan Haji Ismail Harun, Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Kemaman. Beliau mengimbas kembali penglibatannya sebagai pemuda pada waktu tersebut. Tuan Hj YDP juga mengumumkan PAS Kawasan Kemaman akan membantu DPPKK melalui Jabatan PASTI menangani beberapa perbelanjaan lapuk sebagai sokongan padu PAS Kawasan Kemaman kepada sayap kanan parti.
Sessi petang telah dipenuhi dengan slot 'Sembang Sejarah' dengan barisan ahli panel yang terdiri dari Ustaz Nazri Chik (EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat), Al Fadhil Ustaz Saiful Bahri Mamat(Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu) yang merupakan mantan Ketua DPPNT dan Ustaz Alias Abdul Hamid (mantan Ketua DPPKK) dan Timbalan Ketua DPPKK bertindak selaku moderator slot.
Sunday, August 2, 2009
Konvesyen Pemuda Islam Kemaman 2009
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 2:05 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment