Monday, August 31, 2009

Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS di Kemaman - Siri I












Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Rezeki juga merimpah ruah dan murah. Orang Islam berlumba - lumba mencari pahala sepanjang bulan yang mulia ini. Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS bagi mengisi dana kebajikan dan pendidikan DPPKK.

YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS telah memberi tazkirah ringkas selama 40 minit dan membacakan doa berbuka puasa.

Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) diwakili oleh Penolong Setiausaha, Haji Hanafian Mat.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah diwakili oleh Ketua Penerangan, Ustaz Sheikh Hanafi Abdul Aziz.

Tidak ketinggalan memberi sokongan padu ialah para pimpinan PAS Kawasan Kemaman yang terdiri daripada Tuan Haji Ismail Harun (Yang Dipertua), Ustaz Alias Abdul Hamid (Timbalan Yang Dipertua), Ustaz Haji Hazri Jusoh (Naib Yang Dipertua), Haji Ahmad Salehuddin Othman (Setiausaha), Ustaz Haji Ali Mohamad (Ketua Urusan Ulama) dan Haji Johan Ismail (Bendahari).

Sebanyak 500 peserta telah menghadiri majlis ini. YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS kemudiannya bersama menunaikan solat terawih di Masjid Pasir Minal dan memberi tazkirah.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online