Monday, August 31, 2009

Sessi Brainstorming Jabatan PASTI Kawasan Kemaman 2009 - Siri I







Jabatan PASTI Kawasan Kemaman telah mengadakan sessi brainstorming melibatkan semua Ahli Jawatankuasa Jabatan PASTI Kawasan dan Ahli Jawatankuasa Majlis Guru PASTI (MGP) bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kemaman pada pagi Isnin semalam.

Seramai 14 orang AJK Jabatan PASTI Kawasan dan 25 orang AJK MGP Kawasan telah hadir untuk sessi kali ini.

Objektif utama sessi brainstorming ialah untuk merancang, menjadual dan melaksanakan semua aktiviti yang melibatkan PASTI samada di peringkat qaryah (cawangan), kawasan , negeri maupun pusat.

Pengarah PASTI Kawasan Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim mengariskan beberapa strategi dan garis panduan yang akan digunapakai bagi melicinkan perjalanan pengurusan PASTI seperti Key Performance Index (KPI).

Antara agenda utama dalam kalendar PASTI 2009 ialah mengadakan Sukan PASTI Kawasan 2010 pada 30hb April - 1hb Mac 2010, merayakan Sambutan Jubli Perak PASTI Kawasan Kemaman, majlis mengumpul dana pra pendidikan, menganjurkan kursus pengurusan PASTI Qaryah melibatkan Pengerusi, Setiausaha & Bendahari pada 18hb. Disember 2009 dan Seminar PASTI : Tanggungjawap Masyarakat & Ibubapa pada 30hb Januari 2010.

Disamping itu, bagi memantapkan lagi kefahaman perjuangan, usrah bulanan akan diadakan, penilaian berdasarkan KPI, penubuhan PASTI baru dan pelancaran Unit Alumni PASTI.

Sessi brainstorming ini diharapkan akan menjadi pemacu kepada kegemilangan PASTI dan mendapat menambahkan bilangan pelajar untuk tahun akan datang.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online