Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Cawangan Kg. Gelugor meneruskan usaha meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan sempena dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Ahli Jawatankuasa Lujnah, Ad Asmera Bin Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada dua orang penerima setelah selesai solat Asar di Surau Taqwa, Kg. Gelugor.
Saudara Wahid Awang @ Hid bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di sebuah syarikat di Bandar Baru Kerteh. Isterinya menghidapi penyakit serangan angin ahmar. Beliau mempunyai lima orang anak merupakan Bilal di Surau Taqwa, Kg. Gelugor.
Penerima kedua adalah Saudara Ya Sulaiman. Bekerja menjual kuih muih dan salah seorang qari di Surau Taqwa, Kg. Gelugor.
Friday, August 28, 2009
Sumbangan Ramadhan di Kg. Gelugor, Kerteh
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 9:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment