Pendekatan Pemuda MTD Kemasik mengadakan usrah umum bulanan secara bergilir ternyata memberi input yang positif kepada masyarakat terutamanya ahli surau dan masjid. Usrah umum bulanan untuk bulan Ogos 2009 berlangsung di Surau Mujahiddin, FELDA Kerteh 5 berjaya menarik minat ramai pencinta ilmu. Ustaz Sabrie Shaharudin selaku Ketua Lujnah Tarbiyyah & Perkaderan Pemuda MTD Kemasik menyentuh peranan individu Islam untuk bersama mengajak masyarakat menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Peranan ini menjadi tanggungjawap yang diwajibkan oleh Allah swt untuk menyeru kaum keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekampung mengambil ajaran Islam sebagai cara hidup.
Al Fadhil Ustaz juga mengimbas kembali kekalahan tentera Parsi yang berpegang pada Kitab Injil kepada tentera Rom yang mengamalkan kepercayaan menyembah api memberi impak negetif kepada orang Islam pada waktu tersebut. Orang Musyrikin bergembira kerana menyagka kemenangan tentera tersebut menyamai dengan pegangan mereka yang menyembah berhala. Ini seolah - olah memberi gambaran tentera Islam yang berpegang dengan Kitab Al Quran akan mengalami nasib yang sama seperti tentera Parsi sedangkan perkara sedemikian tidak terjadi. Beliau juga mengambil contoh perlawanan bolasepak Piala Dunia FIFA 1998 dimana pasukan Iran menewaskan pasukan Amerika Syarikat 2-0 dimana perasaan seluruh umat Islam merasakan kemenangan tersebut seolah - olah kemenangan tentera Islam terhadap tentera kuffar.
Setiap pejuang Islam mesti menanam keyakinan yang tinggi dengan kemenangan Islam sepertimana janji Allah swt. Janji Allah swt dengan penaklukan Kota Mekah tanpa peperangan dan pertumpahan darah menjadi bukti jelas kemenangan yang dijanjikan menerusi mimpi Nabi saw walaupun ianya tidak berlaku pada tahun tersebut tetapi pada tahun berikutnya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap ahli PAS yang memperjuangkan Islam. Bukan bila kemenangan yang perlu dipersoalkan. Setiap kita sentiasa berada dalam kemenangan. Sirah Nabi saw serta para sahabat yang berperang menjadi tauladan. Setiap kali pergi berperang mati syahid menjadi impian para tentera Islam. Samada mereka menang atau mereka mati syahid itulah sebenarnya kemenangan yang hakiki.
Sunday, August 16, 2009
Usrah Pemuda MTD Kemasik Ogos 2009 di FELDA Kerteh 5
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment