Perjumpaan Bulanan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) mengambil pendekatan turun ke setiap Pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN). Konsep keprihatinan ini ternyata memberi suntikan semangat kepada setiap Pemuda DUN.
Bulan lepas DPPKK mengadakan perjumpaan di PASTI Al Abrar, Kerteh mewakili DUN Kemasik. Semalam merupakan perjumpaan penuh kali ke-5 dan Markaz Tarbiyyah PAS Kg. Bukit Teruna di DUN Kijal menjadi lokasi pilihan. Terletak bersebelahan dengan Kg. Bukit Anak Dara, sambutan yang diberikan oleh Pemuda DUN Kijal amat menggalakkan.
Walaupun penat seharian mengerjakan ibadah puasa dan solat terawih pada malam, AJK DPPKK tetap istiqomah dengan perjumpaan bulanan tersebut. Tentatif program bermula agak lewat iaitu 11.00 malam dan berakhir pada 2.00 pagi.
Kehadiran kesemua AJK DPPKK seramai 20 orang merupakan pencapaian 100% kehadiran ke perjumpaan bulanan. Hanya seorang AJK DPPKK tidak hadir kerana berada di Timur Tengah sedang melanjutkan pelajaran.
Selesai sessi perjumpaan, Pemuda DUN Kijal selaku tuan rumah menghidangkan juadah istimewa sebagai more'. Nasi Lemak perlbagai lauk Kg. Bukit Anak Dara menjadi menu utama dan mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan AJK DPPKK. Murtabak Kg. Bukit Teruna dan pulut panggang 'special' menjadi juadah iringan.
Terima kasih kepada semua AJK DPPKK dan tuan rumah Pemuda DUN Kijal. Semoga segala gerak kerja kita mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah swt.
Wednesday, September 9, 2009
AJK DPPKK Turun Padang Ke Kg. Bukit Teruna, Kijal
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 8:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment