Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yang suka lepak. Sorang tu nama dia Razali,sorang tu Hishamudin dan sorang lagi Khairi.... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pada satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni..
Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk
3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.
Si Razali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti
kami buktikan yang kami bukan la jahil sangat seperti yg disangkakan" .
Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Razali azan.. Tanpa berlengah terus je Razali azan, "Allah
Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Razali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Razali..
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul
ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x pun tak
khusyuk jgk lagi..
Masuk aje kali ketiga, Hismamudin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat
belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.
Hismamudin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun
ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Hishamudin ni pusing
ke belakang dan berkata, "Aaaa, tengok! Sekali jee tokkkk!! Kemas kan!!"
Lalu batallah solat Hishamudin. Yang lain2 pun ikut berhenti sambil ketawa
terhabak2..
Tok imam pun mintak pulak si Khairi jadi imam. Si Khairi pun terus ke depan
jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap
dgn wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Khairi niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Khairi ni.... Tapi dengan
bongkaknye si Khairi berkata, "Hee hee, itu belum ambil wuduk lagi tu!. Kalau tak, lagi dashyat aku sembahyang tok!!!! Hee heee..."
Tok imam pun terkedu & terpana...bahana Islam Hadhaari rupanya.
p/s : jangan lupa ambil wuduk sebelum solat, hormati orang lebih tua & berpengalaman.
Wednesday, September 2, 2009
Cerita santai 'Orang Muda Geng Kite'
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 11:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment