Tuesday, September 29, 2009

PAS Bina Kompleks Berharga RM27 Juta Di Sebelah Putrajaya









Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah merasmikan Tabung Pembinaan Kompleks PAS di sebuah hotel pada 18hb. Mei 09 yang lalu.

Kompleks yang dicadangkan dibina di kawasan Sungai Merab, Kajang berhampiran Putrajaya itu bakal menjadi pusat latihan, pusat komersil dan pusat konvensyen.

Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar itu bakal didirikan dengan sumbangan pelbagai pihak.

Apabila siap, kompleks ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.

Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.

Ia dikelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.

Menurut YB Dato' Seri Presiden, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk memacu dan melangkah ke Putrajaya.

Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan kompleks yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.

"Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini," kata Bendahari PAS Pusat, YB Dr Hatta Ramli.

Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato Paduka Husam Musa.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online