Wednesday, September 2, 2009

Postmortem Majlis Berbuka Puasa DPPKK Bersama Presiden






Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) telah mengadakan satu sessi postmortem Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS di sebuah restoren di Bukit Kuang semalam.

Saudara Suffian Ismail selaku Pengarah Program memberitahu sessi postmortem ini ialah untuk mengenalpasti segala kebaikan dan kelemahan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.

Semua unit telah melaporkan pencapaian dan diperbincangkan oleh semua AJK DPPKK. Beberapa maklumbalas yang diterima dari para peserta majlis juga diperbincangkan demi memperbaiki lagi tahap kesempurnaan majlis di masa akan datang.

Ustaz Megat Suhaimi Megat Idrus selaku Ketua DPPKK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang bekerja kuat dan konsisten bagi menjayakan majlis yang agak besar ini. Beliau yakin persepaduan dan kekuatan ahli jawatankuasa akan menjadikan DPPKK terus maju jaya untuk tahun mendatang.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online