Pengumuman calon UMNO/BN oleh Muhyiddin Yassin pada 29hb. September 2009 ini dianggap detik keramat.
Nama calon yang naik akan menunjukkan samada Mohamad Hassan atau Isa Samad yang berkuasa.
Semasa mengadakan Jamuan Hari Raya di DUN Rantau Mohamad Hassan menjemput Tun Mahadhir sebagai tetamunya. Sekali lagi Tun digunakan oleh Mohamad Hassan untuk 'menembak' Isa Samad. Ternyata Mohamad Hassan menggunakan taktik baling batu sembunyi tangan.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang satu satunya individu setakat ini yang maju ke depan mempertahankan Isa Samad. Kepimpinan UMNO Bahagian sendiri membisu dan tiada ulasan di akhbar. Semua orang tahu Ketua Pemuda UMNO KJ cukup berbulu dengan Isa Samad.
Semalam Isa Samad melawat pesakit di hospital. Keluar berita semua program akan ditentukan oleh UMNO Pusat bagi mengelak pertindihan acara. Ini untuk menghalang Isa Samad turun berkempen sebelum namanya diumumkan kelak.
Peperangan antara Isa Samad yang disokong oleh UMNO Bahagian menentang Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Pergerakan Pemuda UMNO Pusat dan Timbalan Presiden UMNO akan bermula.
Yang nyata sekarang ini Tun Mahadhir seperti orang sasau tidak mahu Isa Samad dicalonkan. Tiap malam di mana ada press conference Tun Mahadhir menyerang Isa Samad.
Sama - samalah kita saksikan apa akan berlaku. Siapa yang menang dan siapa yang menjadi arang.
Sebagai ahli Gerakan Islam doa adalah senjata utama kita. Semasa berdoa dipohonkan agar Allah pecah belahkan perpaduan musuh Islam, hancurkan kesepakatan mereka, longgarkan perpaduan mereka. Semua yang berlaku ini adalah natijah yang tidak terfikir oleh akal pendek kita.
Friday, September 25, 2009
UMNO/BN Bakal Berpecah Di Bagan Pinang
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 7:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment