Saturday, October 31, 2009

HIMPIK 10K ; Persiapan Terakhir, Sedia Menerima 10,000 Peserta & Pengunjung

'Close -up' Pentas Utama untuk Ceramah Perdana HIMPIT 10K akan menampilkan Hj Mohd Sabu dan Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani.

Kerja - kerja 'final touch up' untuk Pentas Utama HIMPIT 10K.

Kibaran bendera PAS di tepi jalan utama menggamit kedatangan peserta dan pengunjung HIMPIT 10K.

Permandangan pada waktu senja ketika 'sun set' di Pintu Gerbang HIMPIT 10K.

'Selamat Datang Ke HIMPIT 10K'...Pintu Gerbang menyambut peserta dan pengunjung.

Pentas Utama sudah siap untuk Ceramah Perdana HIMPIT 10K.

Deretan khemah peserta HIMPIT 10K mengikut kawasan masing - masing disediakan Urusetia HIMPIT 10K.

Berkhemah di bawah naungan pokok rhu dan lambaian angin dari pantai Laut China Selatan...suasana amat mengasyikkan.

Khemah utama setiap kawasan disediakan oleh Urusetia HIMPIT 10K disamping puluhan khemah kecil yang dibawa peserta untuk berehat sepanjang HIMPIT 10K.

Pemuda Kawasan Kuala Terengganu tempah dua khemah besar untuk menempatkan 800 pesertanya.

Khemah Rawatan Perubatan Islam Darul Syifa, Pemeriksaan Darah Percuma dan Kempen Derma Darah dibawah seliaan Unit Kebajikan HIMPIT 10K.

'Water tank' ini dapat menampung 10,000 liter air setiap satu untuk kemudahan peserta HIMPIT 10K.

Lapan buah 'water tank' untuk peserta mengambil wuduk, dibelakangnya 'water tank' untuk mandi. Kalau nak sedap lagi, pergi terjun kat Laut China Selatan siap dengan lambungan ombak lagi.

Enam buah 'Bank of HIMPIT 10K Berhad' tersusun rapi.


KEMAMAN : Tinggal beberapa jam lagi HIMPIK 10K akan membuka tirainya. Suasana di Dataran Tuan Guru, Geliga agak sibuk dengan 'final touch' sebelum Ceramah Perdana pada malam ini.

Menurut Ketua Unit Persiapan Tempat, Ustaz Nakhaei Mohd Nafiah, persiapan secara keseluruhannya sudah mencapai 99%, hanya kerja - kerja menghias pentas utama untuk digunakan malam ini sahaja sedang berjalan.

"Persiapan khemah peserta sudah 100% siap, begitu juga khemah Urusetia, Dewan Muslimat Kawasan, Nisa' Kemaman, Unit Kebajikan & kemasyarakatan untuk rawatan perubatan semuanya 100% siap", jelas Ustaz Nakhaei.

Timbalan Ketua Unit PA System, Mohd Tishaah Hamzah melaporkan kerja 'wiring', 'installation', 'testing' dan commisioning untuk sistem alat siar raya sudah berjalan sejak semalam lagi.

Ketua Unit Gerai Jualan, Saiful Azmi Suhaili melaporkan sebanyaki 85 buah gerai yang telah ditempah mula dimasuki para penjual sejak tengahari tadi.

"Alhamdulillah, semalam kita telah gunakan PA System ini dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai", ujar beliau.

Ceramah Perdana HIMPIK 10K akan menampilkan Tuan Hj Mohd Sabu, Ustaz Azman Shafawi Abdul Rani dan YB Ustaz Mohd Noor Hamzah.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online