'Inilah dia...Orang Muda Geng Kita....', jerit Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi sambil menjulang tangan 'Mat Rempit' di hadapan 10,000 peserta HIMPIT 10K.
'Saya nak bersama peserta HIMPIT 10K', ujar 'Mat Rempit' ini kepada Ustaz Nasaruddin Tantawi.
'Mat Rempit' berdua ini dibawa ke depan pentas oleh Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi.
Terus memeluk erat Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi...suasana seketika menjadi sedih dan pilu dengan keinsafan 'Mat Rempit' tersebut...(macam filem hindustan aje).
... dengan gitar kotak di bahu, pembonceng terus meloncat turun dari motorsikal...
...entah dari mana datangnya, terus menghampiri pentas utama perasmian HIMPIT 10K...pemandu macam 'profesional' lagaknya.
DATARAN TUAN GURU, GELIGA, KEMAMAN : Selepas ucapan perasmian HIMPIT 10K oleh Ustaz Naharuddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, dua orang Mat Rempit bermotosikal secara spontan menuju ke pentas HIMPIT 10K untuk bertemu dengan Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi.
Aksi spontan tersebut menggamatkan dan mencemaskan suasana buat seketika.
Setelah 'park' motosikalnya, kedua Mat Rempit (salah seorang membawa gitar kotak) meluru naik ke pentas sambil memeluk Ustaz Ketua DPP Pusat dan bersalaman dengan tetamu jemputan yang berada di atas pentas.
Selepas itu, keduanya menanggalkan tshirt yang dipakainya lalu menyarung tshirt hijau 'Alternative Rider Club' (ARC).
Keduanya seolah ingin menunjukkan komitmennya untuk tidak ketinggalan bersama ribuan peserta HIMPIT 10K yang lain.
Ustaz Ketua DPP Pusat menjulang tangan Mat Rempit tersebut dihadapan 10,000 orang peserta HIMPIK 10K diikuti dengan gema laungan 'takbir' peserta HIMPIK 10K.
Inilah hasil tema HIMPIT 10K 'Orang Muda Geng Kita'.
"Pemuda Bersama Mu" - "Orang Muda Geng Kita".
Saturday, October 31, 2009
HIMPIT 10K ; Aksi Mat Rempit 'Pemuda Bersama Mu' Di Majlis Perasmian
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 7:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment