Tuesday, October 20, 2009

HIMPIT 10K ; Persiapan Mula Rancak, Lot Peniaga dan Iklan Dibuka Untuk Tempahan










KEMAMAN : Lapan hari lagi menjelang 29hb. Oktober 2009, persiapan HIMPIT 10K mula menampakkan kerancakan. Beberapa unit seperti Unit Urusetia, Persiapan Tempat dan Penerangan mula mengorak langkah memastikan segala keperluan mencukupi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Program berlangsung di Pejabat PAS Kawasan Kemaman semalam dalam suasana yang ceria.

Penasihat HIMPIT 10K, Ustaz Ridzuan Hashim mempengerusikan mesyuarat yang hampir dua jam tersebut.

Dr Megat Suhaimi Megat Idrus, Pengarah HIMPIT 10K meminta semua Ketua Unit menyediakan 'checklist' bagi mengelakkan perkara tertentu terlepas pandang.

"Poster HIMPIT 10K, Poster Ceramah, Poster Kuliah Dhuha, Poster Malam Kesenian Islam, handbill Rawatan Perubatan dan Klinik Motor serta banner HIMPIT 10K dan skim aqiqah mula diedarkan ke kawasan - kawasan seluruh Terengganu mulai semalam", ujar Pengarah program.

"Kami juga menyediakan 70 lot jualan di tapak progran berukuran 10'x10' dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Saiful Azmi Suhaili (0139815788) untuk tempahan", tambah Dr Megat.

Pihak Urusetia juga menawarkan ruangan iklan di buku cenderahati untuk syarikat dan persatuan mengiklankan perkhidmatan dan produk mereka. Tempahan ruangan iklan boleh dibuat dengan menghubungi Ustaz Ramlan Mahmud (0199038908).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online