KUALA TERENGGANU : Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menyiasat insiden runtuhan bangunan membabitkan Masjid Kampung Batu Putih, di Kerteh, Kemaman, pagi semalam.
Ahmad yang enggan mengulas lanjut, bagaimanapun turut mengarahkan JKR untuk membuat laporan terperinci berhubung kejadian itu.
"Saya minta JKR menyiasat dan membuat laporan terperinci berhubung perkara ini", katanya.
Dalam kejadian jam 9 pagi semalam, sebahagian besar bahagian hadapan masjid terbabit runtuh sehingga mengakibatkan tiga pekerja binaan cedera termasuk seorang parah.
Masjid itu yang dapat menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa dianggarkan bernilai RM2.1 juta mula dibina pada awal 2006 dan siap sepenuhnya tahun lalu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, Ir Ghazali Hashim ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.
Beliau memaklumkan pihaknya masih menunggu maklumat terperinci berhubung perkara itu.
(dipetik dari Sinar Harian 04 Oktober 2009)
Saturday, October 3, 2009
Lagi Bangunan Runtuh Di Terengganu ; Masjid Batu Puteh, Kerteh
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 9:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment