Monday, October 5, 2009

'Saya Dengar Bunyi Dentuman Yang Agak Kuat...' Mohd Hafiz Md Wiyah





KG BATU PUTIH, KERTEH : Peristiwa runtuhan bumbung masjid ini akan kekal dalam ingatan beliau.

"Saya dengar bunyi dentuman yang agak kuat dan mendapati satu runtuhan telah berlaku di masjid tersebut", kata Mohd Hafiz Md Wiyah, 19 tahun (gambar - berTshirt putih) yang merupakan saksi utama dalam tragedi runtuhan bumbung Masjid Batu Putih, Kerteh pada Sabtu lepas.

Adik Mohd Hafiz sedang menolong abangnya di bazaar (kedai makan) di hadapan Masjid Batu Putih sejauh 50 meter dari tempat kejadian.

Beliau bergegas ke kawasan masjid dan mendapati tiga orang dimana seorang darinya berdarah di kaki dan beberapa anggota badan berada di sebelah runtuhan.

"Saya terus balik mengambil van dan membawa mereka yang cedera ke Klinik Kesihatan Kerteh untuk mendapatkan rawatan", ujar beliau.

Tinjauan wakil Pemuda PAS DUN Kemasik ke lokasi kejadian pada petang semalam mendapati pintu pagar utama masjid telah dikunci.

Kami difahamkan penutupan tersebut untuk proses penyiasatan. Masjid Lama sedang dibersihkan secara gotong royong untuk digunakan buat sementara waktu.

Setiausaha PAS Cawangan Kg. Batu Putih, Hamizan Amid, 40 tahun (gambar - berTshirt biru), berkata "saya minta pihak berkuasa dapat menjalan siasatan terperinci mencari punca sebenar tragedi. Perkara macam ini tidak boleh ada kompromi. Apa guna pembangunan untuk rakyat jika ianya membahayakan keselamatan dan nyawa penduduk".

Beliau juga hairan kejadian runtuhan kerap berlaku di negeri Terengganu ini. "Dulu runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, kemudian tumbang Menara Telekomunikasi Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Besut, lepas ni apa pulak agaknya", ujar beliau.

Setiausaha PAS Cawangan tersebut juga sambil berseleroh berkata "jangan sampai rakyat menukar panggilan Terengganu Darul Iman kepada Terengganu Darul Runtuh sudah..." katanya sambil tersenyum.

Mengulas lanjut, beliau meminta kejadian runtuhan ini tidak akan berlaku lagi walau di tempat lain terutamanya di negeri Terengganu ini.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online