KERTEH : Heboh sekarang mengenai perletakan jawatan Ahmad Said. Pelbagai spekulasi dan andaian merebak dan hangat diperdebatkan di mini parlimen 'kedai kopi' terutama di musim tengkujuh ini.
Betulkah Ahmad Said letak jawatan?. Apa sebabnya?. Siapa penggantinya?. Soalan yang bertubi-tubi dari ahli mesyuarat kedai kopi & roti canai yang tidak dapat turun ke laut disebabkan musim tengkujuh.
Nama Ahmad Said memang panas. Ada dua public figure yang mempunyai nama yang sama tetapi lain padang lain belalang.
Seorang ialah Ahmad Said Menteri Besar Terengganu yang mendapat jawatan sebagai MB Terengganu setelah melalui pelbagai detik cemas dan penuh dramatik dari mantan MB Idris Jusoh.
Manakala seorang lagi Ahmad Said Hamdan, Boss SPRM yang anak buahnya disyaki terlibat dengan kes kematian Teoh Beng Hock.
Pernah suatu ketika dulu sebuah portal berita alam maya mengeluarkan tajuk berita 'Ahmad Said Menyiasat Ahmad Said'.
Ini lagilah memeningkan kepala kita semua melihat pada tajuk beritanya itu.
Bagaimana mungkin Ahmad Said menyiasat Ahmad Said sendiri.
Rupanya Ahmad Said Boss SPRM menyiasat dakwaan kepada Ahmad Said bakal MB Terengganu waktu itu berkenaan tuduhan penyelewengan beberapa projek di Kemaman.
Itulah maksudnya Ahmad Said menyiasat Ahmad Said yang terrsirat dan yang tersurat.
Tetapi sudah jelas sekarang Ahmad Said telah meletakkan jawatannya tapi bukan Ahmad Said MB Terengganu.
Ahmad Said Hamdan Boss SPRM yang mempunyai kontrak sehingga pertengahan 2010 mengambil langkah bersara awal. Ini proses dan perkara biasa dalam Perkhidmatan Awam.
Ahmad Said MB Terengganu pulak macamana?. Bila nak letak jawatan?. YB mana pulak nak ganti?. Pengerusi UMNO Negeri setuju ke tidak?. Presiden UMNO nak ke dia?. Istana perkenan ke tidak?.
Kawan - kawan...bukan mudah untuk meletak jawatan apalagi sebagai Menteri Besar.
Jawatan adalah amanah rakyat yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Tunaikanlah amanah sebaik mungkin Insyaallah kita semua akan dimasukkan kedalam golongan yang mendapat rahmat Allah di akhirat nanti.
Saturday, December 5, 2009
Ahmad Said Letak Jawatan !
Posted by Pemuda PAS MTD Kemasik at 11:29 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment