Saturday, December 26, 2009

KOMITED 2009 ; Pemuda DUN Kemasik hantar 23 peserta

Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi sedang menyampaikan resolusi KOMITED 2009.
Dato' Ustaz Abu Bakar Chik menyampaikan kertas kerja II KOMITED 2009.
Ustaz Kamal Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda Negeri sedang menyampaikan kertas kerja I.
Antara 1,000 pemuda yang hadir pada KOMITED 2009 di Kuala Ibai semalam.
Ustaz Nasharuddin, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Ridzuan Hashim & YB Ustaz Mohd Nor di pentas utama.
Pandangan dari depan pentas utama, 1,000 pimpinan pemuda dalam dewan.
Lensa dari belakang kelihatan setiap buah kerusi dipenuhi para peserta KOMITED 09.
Tempias HIMPIT 10K 'Orang Muda Geng Kite' masih segar dan terasa di Kuala Ibai.

KUALA TERENGGANU : Konvesyen Kepimpinan Muda PAS Terengganu (KOMITED 2009) anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu ternyata mendapat penyertaan yang ramai selepas HIMPIT 10K pada bulan Oktober lepas.

Program dengan tema 'Orang Muda Geng Kita - Jom Berubah' diakhiri dengan Resolusi KOMITED 2009 oleh Ustaz Nasharudin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat berjaya mengumpulkan lebih 1,000 orang kepimpinan pemuda dari Dewan Pemuda Negeri, Dewan Pemuda Kawasan, Ahli Jawatankuasa Pemuda DUN serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Cawangan dari seluruh Terengganu.

Turut membentang kertas kerja ialah YB Tuan Guru Dato' Ustaz Harun Taib (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu), Haji Yahaya Ali (Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu) dan Ustaz Kamal Ali (Pengarah Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Terengganu).

Ustaz Nasharuddin telah mengupas Resolusi KOMITED 2009 dengan mengariskan tiga paksi perjuangan penting yang perlu digerakkan oleh para pemuda di semua peringkat iaitu (1) proses pentarbiyahan, (2) gerakan dakwah dan (3) aspek politik (siyasah).

Beliau mengulas inilah erti kemenangan yang hakiki jika ketiga - tiga elemen tersebut berjaya diterapkan dalam jiwa para pemuda Islam dan demi mengelakkan mencapai kemenangan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang tulin.

'Saya mendapat maklumat ada Dewan Pemuda Kawasan yang gagal mengadakan program usrah ahli jawatankuasanya dalam tempoh sepuluh tahun, ianya suatu yang amat malang dan mendukacitakan', katanya.

Beliau menjelaskan erti 'komited' adalah rasa penuh iltizam dan pertanggungjawapan yang wajib ditunai dan sudah semestinya jika gagal ditunaikan mengundang dosa dan kemurkaan Allah swt.

Slogan 'pemuda aset perjuangan Islam' yang sering digunapakai membawa erti pemuda adalah harta yang amat bernilai dalam gerakan Islam dan perjuangan menyahkan UMNO/BN dari tampuk kuasa bukan hanya kerana benci kepada kemungkaran dan kemaksiatan UMNO/BN sahaja tetapi ianya adalah susur jalur perjuangan para rasul, nabi, sahabat, tabiin dan ulama terdahulu demi memartabatkan ummah di tempat sewajarnya sesuai dengan maksud hadis 'Islam itu tinggi dan mulia dan tiada yang lebih tinggi dan mulia darinya.

Sebelum menutup Resolusi KOMITED 2009, Alfadhil Ustaz juga mengingatkan para pemuda PAS erti slogan 'PAS Untuk Semua' dan 'Orang Muda Geng Kita - Jom Berubah' akan memberi kesan kepada PAS jika ketiga - tiga paksi perjuangan tersebut tidak digerakkan serentak dalam setiap waktu.

'Kita akan menerima kemasukan ahli PAS dari pelbagai latarbelakang, hanya proses tarbiyyah, pendakwahan dan siyasah sahaja yang mampu membentuk fikrah (pemikiran) mereka untuk bergerak bersama PAS.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Pemuda Islam di Terengganu yang nampak bersungguh - sungguh bekerja untuk memenangkan Islam semoga segala usaha mendapat pembalasan dari Allah swt.

"Orang Muda Geng Kita - Jom Berubah"

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online