Saturday, December 19, 2009

Konvesyen Lulus Dasar Pakatan Rakyat (PR)

Logo konvesyen pertama Pakatan Rakyat (PR).
Tiga pemimpin utama PR menandatangani Dasar Pakatan Rakyat yang diluluskan sebagai perintis menuju Putrajaya.

Jalan menuju Putrajaya...persepakatan yang menjadi titik tolak menyahkan pemerintahan BN dari Putrajaya digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR).


PAS, PKR dan DAP akan menawarkan politik baru kepada rakyat Malaysia dalam PRU ke13 nanti.


SHAH ALAM, 19 Disember 2009:
Tepat jam 5.30 petang 19hb. Disember, bertempat di Auditorium MBSA, Dasar Pakatan Rakyat diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya.

Ia diluluskan apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda setuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online