Tuesday, February 23, 2010

Ops Al Falah di Felda Kerteh 6


KERTEH, 22hb. Februari : Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan mengadakan Ops Al Falah di Unit Peti Undi (UPU) FELDA Kerteh 6 pada 25-27hb. Februari ini di FELDA Kerteh 6.

Menurut Roslan Endut, selaku Ketua Sektetariat MTD Kemasik, Ops Al Falah ini adalah yang kedua diadakan dalam DUN Kemasik selepas UPU Batu Putih bulan lepas.

Pelbagai program dan aktiviti telah dirancang antaranya kuliah maghrib sempena maulidur rasul, ceramah umum, ziarah muslimat, bantuan kepada golongan miskin, perkhidmatan rawatan Islam As Syifa', jamuan tengahari meraikan ahli serta beberapa program melibatkan pemuda.

Pengurus Program 'Orang Muda Geng Kita', Mohd Tishaah Hamzah melapurkan beberapa aktiviti khusus melibatkan orang muda telah dikenal pasti.

'Pemuda DUN Kemasik dengan kerjasama Pemuda Cawangan FELDA Kerteh 6 akan menganjurkan gotong royong membersih kawasan perkuburan, perlawanan ping pong, jejak pemuda explorace, tayangan wayang pacak serta bbq bersama seluruh pemuda', ujar beliau selaku Timbalan Ketua Pemuda DUN Kemasik.

'Kita meminta setiap pemuda di cawangan - cawangan dapat menghantar empat orang petugas sepanjang program berlangsung untuk melicinkan perjalanan aktiviti', ulasnya lagi.

'Orang Muda Geng Kita'

'Jom Berubah, Anda Mampu Mengubahnya'

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online