Monday, March 1, 2010

GAPP A Dun Kemasik Juarai Futsal Tertutup Piala YDP

Haji Ismail Harun, YDP PAS Kemaman sedang memberi kata semangat kepada para pemain.
Tuan Hj. YDP menyepak bola ke gol sebagai simbolik perasmian...gaya macam Ghani Minhat
Suffian Ismail, Naib Ketua DPPKK memberi ucapan penutup kejohanan.
Juara Futsal Piala YDP....pasukan GAPP A dari DUN Kemasik bergambar bersama Azman Mohamad, Ketua DACS, Suffian Ismail, Naib Ketua DPPKK dan piala pusingan, medal dan hadiah wang tunai...tahniah DUN Kemasik.
Suffian Ismail sedang menyampaikan hadiah kepada GAPP A yang muncul sebagai juara.
Pasukan dari DUN Air Putih bergambar kenangan.
Pasukan GAPP A dan Ilham Kristal bergambar sebelum perlawanan akhir.
Bergambar kenangan bersama Ketua DACS Kemaman, Azman Mohamad (berdiri paling kiri).
Anggota Unit Amal dan ARC turut bersama bertugas.
Tuan Hj YDP sedang bermain games yang disediakan di khemah penganjur.
Azman Mohamad sedang membuat cabutan bertuah...
Aksi di tengah padang...
Pemain GAPP A sedang mengelecek empat orang pemain lawan....
Kelincahan pemain GAPP A menyebabkan kubu pasukan lawan kucar kacir.
Bersantai sambil bermain games...
Sebahagian pemain dan penyokong di luar gelanggang...

KEMAMAN, 27hb. Februari : Pasukan GAPP A dari DUN Kemasik muncul juara dalam Kejohanan Futsal Tertutup Piala Yang Dipertua PAS (YDP) kali -01 pada Sabtu lepas.

Naib Juara disandang oleh Ilham Kristal dari DUN Chukai manakala tempat ke-3 dimenangi oleh Fikri 2 FC dari DUN Air Putih.

Kejohanan anjuran Department of Culture, Art & Sport (DACS), Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) tersebut melibatkan kesemua empat DUN dengan penyertaan seramai 32 buah pasukan.

Menurut Ketua DACS DPPKK, Azman Mohamad, disebabkan permintaan yang tinggi dan masa yang agak terhad, seramai 32 buah pasukan sahaja yang dijemput walaupun menerima permohonan dari banyak lagi pasukan.

'InsyaAllah, tahun ini kali pertama DACS anjurkan dan tahun depan kita akan perbaiki untuk penyertaan yang lebih banyak', ujarnya semasa dihubungi oleh wakil www.dppkk.org.

Walaupun sibuk dengan jadual harian, Haji Ismail Harun, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman sempat meluangkan masa bersama para pemain dan penyokong disamping beramah mesra dengan pengunjung yang kebanyakkannya golongan pemuda.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Saudara Suffian Ismail, Naib Ketua DPPKK.

Disamping bermain futsal, Alternative Riding Club (ARC) telah membuka kaunter pendaftaran kepada para pengunjung dan telah mendapat sambutan yang hangat.

"Orang Muda Geng Kita - Jom Berubah, Anda Mampu Mengubahnya".

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online