Friday, March 19, 2010

Pejuang Islam mesti berjihad berpaksikan kemantapan akidah ; Ustaz Kamaruzzaman Abdullah

Ustaz Kamaruzzaman Abdullah sedang menyampaikan kertas kerja Daurah Tarbiyyah DUN Kemasik Kali ke-4 di Surau Feri, Kemasik semalam.

Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah MTD Kemasik sedang memberi ucapan aluan selaku tuan rumah.
Sebahagian muslimin dari DUN Kemasik yang hadir.
Peserta daurah sedang mendangar pembentangan kertas kerja dengan penuh kyusuk.
Sebahagian muslimat DUN Kemasik yang turut sama dalam Daurah Tarbiyyah bulanan tersebut.
Antara sebahagian pimpinan muslimat DUN Kemasik yang hadir.

KG. FERRY, KEMASIK, 19hb. Mac : Para pejuang Islam diminta berjihad berpandukan kepada kefahaman, kekuatan dan kemantapan akidah Islamiyyah bukan dengan semangat yang membuak - buak sahaja.

Demikianlah antara intipati kertas kerja sempena Daurah Tarbiyyah Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik Kali ke-4 yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Terengganu (DUPNT) di sini semalam.

'Perkataan jihad itu sendiri amat ditakuti oleh orang - orang kafir yang diketuai oleh Amerika, justeru itu mengarahkan dibuang silibus jihad dalam sistem pengajian di universiti - universiti negara Arab', ulas Ustaz Kamaruzzaman Abdullah lagi.

'Jihad merupakan kemuncak penghayatan Islam yang sebenar dalam individu dan jemaah itu sendiri, Islam tanpa jihad seumpama harimau tanpa taring', terangnya semasa membentangkan kertas kerja di Surau Ferri semalam.

Alfadhil Ustaz Kamaruzzaman juga mengulas mengenai rintangan, mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi semasa berjihad antaranya krisis keyakinan terhadap janji Allah, kelemahan dan kekurangan ilmu individu, kewangan, masyarakat yang jahil tentang Islam dan musuh Islam sendiri.

Turut menyampaikan ucapan aluan ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik yang melahirkan rasa kesyukuran dengan kehadiran yang agak memberangsangkan dari ahli dan penyokong PAS sendiri.

"PAS Untuk Semua ; Jom Berubah, Anda Mampu Mengubahnya".

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online