Friday, May 7, 2010

Kuliah Maghrib Bersama Dato' Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Dato' Ust Tuan Ibrahim bergambar bersama jamaah yang hadir
Para jamaah sedang tekun mendengar tazkirah yang disampaikan. Lebih 300 org jamaah hadir.


Dato' Ust Tuan Ibrahim menyampaikan tazkirah beliau


7hb Mei 10 (Jumaat), Kemasik - Seramai lebih 300 org jamaah surau feri bersama ustaz tuan ibrahim dalam kuliah maghrib khas petang tadi. Ia merupakan penerusan bagi siri-siri kuliah yang telah dan akan terus dirancang oleh pihak jawatankuasa surau dalam usaha memantapkan dan mengukuhkan ilmu islam kepada masyarat setempat.


Kuliah yang berlangsung hampir 1 1/2 jam itu antara lain memberi peringatan dan iktibar kepada sekalian jamaah akan mehnah dan tribulasi yang ditempuhi nabi dalam menyampaikan dakwah baginda walaupun sebelumnya baginda amat di hormati dan disegani dengan keluhuran budi perkerti sehingga digelar Al Amin dikalangan masyarakat Arab Mekah. Sehinggakan bapa saudara kesayangan nabi (Abu Talib) yang sangat menyayangi nabi malah sangat kuat mempertahankan nabi sendiri menolak untuk mengakui kerasulan nabi. Semasa hampir kematiannya setelah ditanya nabi kenapa menolak untuk memeluk Islam, dia memaklumkan bahawa keingkaran itu adalah kerana bimbang tidak akan dihormati oleh masyarakat arab mekah jika mengikuti rasulullah.


Ustaz tuan ibrahim juga menyentuh mengenai isu bagaimana politik tidak dapat dipisahkan dari islam. Politik wajar dibincangkan didalam surau masjid. Solat berjamaah itu sendiri mengajar bagaimana peranan seorang ketua (imam) dan rakyat (makmum) dalam menyempurnakan solat. Imam perlu ditegur oleh makmum jika dia melakukan kesilapan dengan adab dan panduan yang telah digariskan islam. Imam perlu untuk mendengar teguran makmum, manakala makmum pula jika iman tidak mengindahkan tegurannya pada yang sunat dan bukannya rukun maka dia perlu akur untuk mengikuti imam tersebut melainkan pada perkara-perkara yang boleh membatalkan solat. Begitulah gambaran bagaimana dalam berpolitik. Islam memerlukan politik dalam memastikan keseluruhan ajarannya tertegak. Hanya politik yang berpaksikan islam mampu dikawal dari terus berada di dalam kekotoran.


Tazkirah beliau di akhiri dengan peringatan agar pejuang-pejuang islam istiqomah dengan solat berjamaah, membaca, mendengar dan menghayati ayat-ayat alquran setiap hari (tidak boleh meninggalkan amalan ini lebih dari 3 hari) dan sabar dalam menegakkan agama Allah.


Majlis berakhir pada pukul 9.30mlm. Jamuan gulai kawah telah disediakan oleh pihak surau kepada semua jamaah yang hadir.


Ditulis oleh penulis amatur kerteh.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online