Sunday, October 10, 2010

Futsal Piala Ketua DPPKK Sempena Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman 2010

Pemain - pemain pasukan Hj. Ismail Harun A dan pasukan Fikri A bersama pengadil dan penganjur sebelum Perlawanan Akhir).


Kerteh - 10 Oktober : Pasukan Hj. Ismail Harun A menjuarai Pertandingan Futsal Tertutup Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) 2010 sempena dengan Sambutan Jubli Emas (50 Tahun) PAS Kawasan Kemaman di sini semalam.

Sebanyak 32 buah pasukan dari seluruh daerah Kemaman menyertai pertandingan anjuran Department Of Arts, Cultures & Sports (DACS), Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman di Sports Planet, Mesra Mall Kerteh.

Menurut Timbalan DACS Kemaman, Halfian Ahmad, pihaknya menerima banyak permohonan dari pengurus - pengurus pasukan tetapi terpaksa menghadkan bilangan untuk tujuan penyelarasan masa dengan aktiviti sukan yang lain.

Pasukan Hj. Ismail Harun A berjaya menewaskan pasukan Fikri A dengan 3-0 dalam perlawanan akhir.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan SPMM dan pasukan Hj. Ismail Harun B setelah tumpas di peringkat separuh akhir kepada lawan masing - masing.

Pasukan Hj. Ismail Harun A berjaya membawa pulang Piala Pusingan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman beserta hadiah wang tunai RM1,500.00, pasukan Fikri A berjaya membawa pulang RM800.00 selaku Naib Juara manakala pasukan SPMM dan pasukan Hj. Ismail Harun B berjaya membawa pulang RM400.00.

Perasmian futsal telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Harun, Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman.

Tuan Haji YDP sempat beramah mesra dengan para pengurus, pemain dan penyokong pasukan di Sport Planets, Mesra Mall Kerteh selepas melakukan perasmian.

Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Alfadhil Dato' Haji Ustaz Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di perkarangan Surau Feri, Kemasik.



Pemain - pemain dari kedua pasukan bergambar sebelum perlawanan.

Pemain - pemain dan pengadil bergambar sebelum berentap.

Pemain - pemain dari pasukan MKFC berposing di luar gelanggang.

Antara pemain pasukan yang layak ke peringkat suku akhir.
Penyokong dan penonton sedang kyusuk menyaksikan aksi pasukan masing - masing.

Sebahagian pemain dan penonton di tepi gelanggang.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online