Friday, October 15, 2010

Jubli Emas Satu Lonjakan Kepada MTD Kemasik - Pengarah MTD Kemasik


Kemasik, 16hb. Oktober : Sambutan Jubli Emas (1960 - 2010) PAS Kawasan Kemaman pada 7, 8 & 9 Oktober di Pekan Kemasik berhasil membuahkan satu lonjakan baru kepada PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik selaku tuan rumah sambutan.

Menurut Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid, Sambutan Jubli Emas ini antara program yang berskala besar yang berjaya dianjurkan oleh MTD Kemasik selain HIMPIT 2001 hampir 10 tahun dulu .

'Selaku Pengarah MTD Kemasik, saya dapat membuat kesimpulan bahawa sambutan Jubli Emas in berjaya membuka mata masyarakat di DUN Kemasik ini khasnya tentang perjuangan PAS yang sebenarnya ditambah dengan lokasinya di tepi Jalan Persekutuan Kuantan - Kuala Terengganu yang sibuk dengan aliran pengangkutan ianya dapat memberi imej positif kepada PAS', ujar Ustaz Alias.

'Kalau sebelum ini ramai orang menyangka PAS ni hanya parti untuk orang berserban sahaja, tenyata Sambutan Jubli Emas ini telah berjaya mengubah persepsi dan tanggapan masyarakat dengan pelbagai program yang melibatkan berbagai golongan masyarakat berjaya dilaksanakan', terangnya lagi.

Alfadhil Ustaz Alias yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Kawasan Kemaman dengan kepercayaan memilih MTD Kemasik sebagai lokasi Sambutan Jubli Emas ini.

'Terima kasih kepada Tuan Haji YDP serta kepimpinan PAS Kawasan kerana memilih MTD Kemasik ini sebagai lokasi, kepercayaan dan keyakinan pihak pimpinan PAS Kawasan amat dihargai', ucapnya lagi.

'Saya juga mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa MTD Kemasik, Pemuda DUN, Muslimat DUN, Nisa' DUN, AJK & Ahli PAS Cawangan, Pengerusi & AJK Surau Feri dan Surau Bukit, Kemasik serta semua syarikat, badan korporat dan individu yang telah memberi sumbangan dan terlibat samada secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan Sambutan Jubli Emas ini'.

Al fadhil Ustaz Alias juga memaklumkan beberapa program susulan telah disusun selepas sambutan Jubli Emas ini untuk terus meluaskan syiar perjuangan PAS di DUN Kemasik ini khususnya.

'Pihak MTD Kemasik akan merayakan Sambutan Jubli Perak (25 tahun) penubuhan PASTI Al Husna, Semayor dan beberapa program di FELDA 5 & 6 dalam tempoh terdekat ini', beritahunya lagi.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online