Monday, October 11, 2010

Masa Untuk Rakyat Terengganu Berubah - Dato' Mustaffa Ali


Kemasik - 8hb Oktober : Rakyat di Terengganu diminta menukar kerajaan UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum akan datang memandangkan tiada apa - apa perubahan dan keselesaan dapat dinikmati oleh rakyat dibawah kerajaan UMNO/BN pimpinan Dato' Ahmad Said.

Dato' Haji Mustafa Ali, Setiausaha Agong PAS berkata, 'saya tidak nampak satu perubahan yang ketara dapat dinikmati oleh rakyat Terengganu, di mana silapnya saya pun tidak tahu', ujarnya semasa menyampaikan ceramah sempena Sambutan Jubli Emas (1960 - 2010) PAS Kawasan Kemaman di Pekan Kemasik, disini.

PAS Kawasan Kemaman merayakan ulangtahun ke-50 penubuhannnya dari 7, 8 & 9 Oktober di Pekan Kemasik.

Mengulas lanjut, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu juga mempersoalkan kadar kemiskinan penduduk, kadar jenayah, kadar maksiat dan kadar pengangguran di negeri Terengganu di bawah Menteri Besar, Dato' Ahmad Said.

Kerajaan Terengganu pernah meminta peruntukkan RM500 juta dari pihak Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menyediakan pembangunan komersial di Kerteh dan Kemasik bagi keselesaan kakitangan Petronas sendiri.

Pihak Petronas melalui anak syarikatnya sendiri, KLCC Holdings membinanya sendiri Mesra Mall Kerteh dengan kos hanya RM70 juta sahaja.

Justeru itu, rakyat diminta membuat perubahan dengan menggantikan kerajaan UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang kepada Pakatan Rakyat (PR).

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online