Wednesday, November 24, 2010

300 Petugas PAS DUN Kemasik Mendengar Pesanan YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS semasa merasmikan Perlancaran Gerak Kerja PRU Ke-13 Peringkat DUN Kemasik di PASTI Al Abrar, Kerteh, semalam.
Al Fadhil Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Terengganu ketika memberi ucapan aluan di Perlancaran Gerak Kerja PRU Ke-13 Peringkat DUN Kemasik di PASTI Al Abrar, Kerteh, semalam.

Haji Ismail Harun, Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman sentiasa memberi sokongan kepada PAS DUN Kemasik.
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid sedang memberi ucapan aluan.
Sebahagian dari pemuda bersama hampir 300 petugas yang hadir mendengar amanat PRU Ke-13.
YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS menerima sumbangan Dana PRU Ke-13 Untuk DUN Kemasik dari Naib Ketua PAS Cawangan Kg. Gelugor, Haji Mohd Ali sebanyak RM3,000.00.

Kerteh, 24hb. November - Para petugas PAS diminta menggerakkan cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) masing - masing bagi menghadapi PRU ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata demikian semasa melancarkan jentera PRU Ke-13 Peringkat DUN Kemasik di PASTI Al Abrar, Kerteh, semalam.

Turut hadir kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya, Haji Yahaya Ali, Setiausaha dan Saudara Arifin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN).

PAS Kawasan Kemaman diwakili oleh Haji Ismail Harun, Yang DiPertua, Haji Johan Ismail, Bendahari, Mohd Hafiz Adam, Penolong Setiausaha dan Ustaz Ali Mohd, Ketua Dewan Ulama.

Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid dan Timbalan Pengarah, Amri Mamat mengetuai PAS DUN Kemasik pada majlis yang julung kalinya diadakan dari kesemua 32 buah DUN dalam Terengganu ini.

Al Fadhil Presiden PAS mengingatkan para petugas lima (5) perkara penting yang menjadi pedoman kepada para pejuang Islam iaitu sikap istiqomah dalam perjuangan, pengorbanan jiwa dan raga kepada perjuangan, amal maaruf nahi mungkar, sentiasa bercakap benar walaupun pahit dan sentiasa bekerja dalam satu jemaah bukan secara individu.

'Perjuangan yang kita lalui ini adalah kesinambungan kerja para nabi, rasul dan sahabat terdahulu, Allah menjanjikan ganjaran yang besar kepada para pejuang Islam kerana disana terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi', ulas YB Presiden PAS lagi.

Beliau seterusnya berpesan, 'hidup dan suburkan aktiviti di cawangan dan tingkatkan keupayaan di Unit Peti Undi, tambah pemilih baru disamping membuat culaan pemilih yang masuk dan keluar, jangan leka dan jangan lalai', ujarnya.

'Waspada dengan penipuan UMNO kerana tanpa penipuan bukan UMNO lah namanya, kita mesti bekerja kuat untuk melawan penipuan tersebut, sindirnya lagi.

Sempena dengan perasmian tersebut, majlis penyerahan Dana Pilihanraya PAS DUN Kemasik berjaya mengumpul sebanyak RM13,000.00 sumbangan dari syarikat, individu dan 10 buah UPU serta 14 buah cawangan PAS yang berada dalam DUN Kemasik.

Acara simbolik penyerahan panji - panji Islam iaitu bendera PAS kepada wakil UPU, Pemuda DUN dan Muslimat DUN oleh YB Dato' Seri Tuan Guru mengakhiri majlis perlancaran pada mamalm itu.

'Jom Berubah, Anda Mampu Mengubahnya'.

'PAS Ganti UMNO'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online