Wednesday, November 17, 2010

Petugas PAS DUN Kemasik Untuk PRU Ke-13 Di Dijemput Hadir - Roslan Endut, S/U PAS MTD Kemasik


Kerteh, 18hb. November : Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini. Sebagai peringatan, kabinet Malaysia yang diterajui Najib Tun Razak adalah kabinet yang diwarisi dari Pak Lah menyebabkan agak sukar dan kurang selesa Najib mengemudi barisan kabinet ini.

PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) Kemasik akan melancarkan jentera PRU Ke-13 yang akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS pada 24hb. November ini di PASTI Al Abrar, Kerteh.

Menurut Setiausaha PAS MTD Kemasik, Roslan Endut (gambar), majlis tersebut akan dimulai dengan solat isya berjemaah di PASTI Al Abrar, Kerteh.

'Saya mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua ahli jawatankuasa, ahli, petugas dan penyokong PAS peringkat cawangan, Unit Peti Undi (UPU) dan Majlis Tindakan DUN Kemasik samada muslimin, muslimat, pemuda dan Nisa' untuk datang mendengar amanat dari YB Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS khas untuk meransang semangat para petugas PAS di MTD Kemasik ini', ujar Setiausaha MTD Kemasik semasa dihubungi wakil www.pemudapaskemasik.blogspot.com sebentar tadi.

Seterusnya Saudara Setiausaha melahirkan harapannya, 'semua diminta datang dan mendengar dengan teliti amanat dari YB Presiden PAS dan melaksanakan apa yang diarahkan di cawangan - cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) masing - masing', ujarnya dengan penuh harapan.

'Jom Berubah, Masa Untuk Berubah & Anda Mampu Mengubahnya'.

'PAS Untuk Semua - PAS For All'.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online