Kerteh, 1hb. Disember - Rakyat Malaysia menyambut kedatangan hari pertama bulan terakhir tahun 2010 ini dengan berita kenaikan harga minyak lewat tengah malam.
Biasalah musim tengkujuh di Pantai Timur Semenanjung Malaysia barang naik waktu tengah malam hampir pagi.
Himpunan Kebangkitan Rakyat Tertindas (BANGKIT) yang akan diadakan pada 3hb. - 4hb. Disember di Kampung Batu 4, Jalan Air Putih, Binjai, Kemaman ini bakal menjadi medan rakyat menyuarakan kekecewaan dengan kenaikan harga minyak semalam.
'Saya menyeru seluruh masyarakat trutama yang berada di Kemaman, Dungun, Kuantan dan Indera Mahkota untuk hadir tanda bantahan terhadap penindasan kenaikan harga minyak', ujar Haji Ismail Harun (gambar atas), Yang DiPertua (YDP) PAS Kawasan Kemaman.
Seterusnya beliau berkata, 'gunakan peluang di program yang menentang penindasan ini untuk menunjukkan rasa benci kita dengan sikap kerajaan UMNO/BN yang kelihatan begitu angkuh mendera rakyat dengan menaikkan harga minyak', katanya.
Beliau mengharapkan rakyat tanpa mengira pegangan dan fahaman politik dapat menghadirkan diri menentang penindasan tanpa rasa takut dengan ugutan dan ancaman pihak tertentu.
'PAS Ganti UMNO, Masa Untuk Berubah, Anda Mampu Mengubahnya'
0 Comments:
Post a Comment