Monday, March 14, 2011

Pemuda PAS DUN Kemasik akan berkonvoi kereta ke PAS Ganti UMNO di Besut


Kerteh, 14hb. Mac - Sempena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO Kali Ke-2 pada 18-19hb. Mac di Besut, Pemuda PAS DUN Kemasik akan menganjurkan konvoi kereta pada 18hb. Mac ini.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS DUN Kemasik, Mohd Tishaah Hamzah (gambar - kiri), setiap pemuda PAS cawangan diminta menghantar sekurang - kurangnya 2 buah kereta untuk mencapai sasaran 100 orang pemuda.

Penyertaan masih dibuka dan mereka yang berminat boleh menghubungi Mohd Tishaah Hamzah (0199348062) atau Saiful Azmi Suhaili (019 9815788) untuk penjelasan lanjut.

Konvoi kereta akan bermula pada 18hb. Mac, Jumaat jam 10.00 pagi dan tempat berkumpul di hadapan Kak Yah Cafe (sebelah padang bola awam Kerteh).

Peserta konvoi akan bersolat Jumaat di Batu Rakit sebelum meneruskan perjalanan ke Besut.

Beberapa aktiviti akan diadakan seperti riadah dan berkhemah di Lata Belantan, Besut dan barbeque bersama Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK), Ustaz Hishamuddin Abdul Karim di tempat perkhemahan.

Pada 19hb. Mac sessi pagi para pemuda akan mengikuti slot kuliah dhuha di tapak program yang akan disampaikan oleh pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus dan sessi ramah mesra bersama bekas pelakon, pelawak dan pengacara terkenal, Saudara Bob Lokman.

Semua pemuda - pemuda di DUN Kemasik dijemput menyertai konvoi kereta untuk memeriahkan lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat Kali Ke-2 - PAS Ganti UMNO.

' Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia ! '

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online