Saturday, July 16, 2011

Pasukan FELDA Kerteh 5A Juarai Futsal Pemuda PAS DUN Kemasik 2011

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid sedang membuat kick off simbolik di sessi perasmian.
Ustaz Alias sedang menyampaikan ucapan perasmian pada sessi pagi.
Penganjur, pengadil dan pemain bergambar bersama Ustaz Alias.
Bergambar sebelum perlawanan bermula.
Penyokong Liverpool dan Arsenal berentap di luar padang.
Pemain pasukan bergambar kenangan.

Kerteh, 16hb Julai - Pasukan FELDA Kerteh 5A telah muncul sebagai Juara di Pertandingan Futsal Padang (Tertutup) DUN Kemasik yang berlangsung pada 15-16hb. Julai di Padang Awam, Kerteh.

Pertandingan ini anjuran bersama Department of Art, Culture & Sport (DACS) Pemuda PAS DUN Kemasik dan GAPP's, MAA Berkat Enterprise Sdn. Bhd. dan Sri Ranggon Sdn. Bhd. berjaya menarik sebanyak 24 buah pasukan dalam DUN Kemasik.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid kepada para pemenang.

Pasukan FELDA Kerteh 5A berjaya menewaskan Batu Putih A dalam perlawanan akhir dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 sementara Naib Johan memenangi RM500.00.

Tempat ke-3 dimenangi oleh pasukan FELDA Kerteh 6 setelah menewaskan Kg. Baru Kerteh dalam perlawanan penentuan tempat ke3/4.

0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online