Wednesday, August 17, 2011

RM10,080.00 Diagihkan Di 'PAS Bersama Mu - Masih Ada Yang Sayang' Peringkat DUN Kemasik


Puan Siti Fatimah Jusoh sedang menerima bantuan wang tunai 'PAS Bersama Mu - Masih Ada Yang Sayang' DUN Kemasik daripada Setiausaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat PAS.


Ustaz Alias, Pengarah PAS DUN Kemasik bersama Harun Jusoh, Bendahari DUN sedang menyampaikan bantuan wang tunai kepada salah seorang penerima, seorang ibu tunggal di Taman Wan Adnan Kerteh.


Salah seorang penerima bantuan wang tunai 'PAS Bersama Mu - Masih Ada Yang Sayang' DUN Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Bendahari DUN, Harun Jusoh di rumahnya di Kg. Baru Kerteh.


Dari kiri ; Harun Jusoh, Bendahari PAS DUN Kemasik bersama Ustaz Alias (dua dari kiri) dan salah seorang penerima bantuan, Saudara Redun Damin, 47 tahun bersama isteri, Haryati Ngah di Kg. Baru, Kerteh.

Dari kiri ; Haji Abdul Rahman Daud, Ketua PAS Cawangan Kg. Batu Putih bersama Ustaz Alias, Pengarah PAS DUN Kemasik bersama penerima bantuan, Puan Azizah Abdullah, 47 tahun seorang ibu tunggal bersama 7 orang anaknya.



Kerteh, 17hb. Ogos - PAS DUN Kemasik meneruskan misi berkebajikan melalui program 'PAS Bersama Mu - Masih Ada Yang Sayang' apabila sebanyak RM10,080.00 telah diagihkan dalam bentuk wang tunai kepada sembilan orang penerima dalam DUN Kemasik.

Pengarah PAS DUN Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid telah mengunjungi rumah para penerima tersebut di Kg. Pengkalan Ranggon, Kg. Batu Putih, Kg. Baru Kerteh dan Taman Wan Adnan, Kerteh.

Turut bersama ialah Setiusaha PAS DUN Kemasik, Roslan Endut, Bendahari, Harun Jusoh, Ketua Penerangan DUN, Mohd Tishaah Hamzah, Ketua PAS Cawangan Batu Putih, Hj. Abdul Rahman Daud, Naib Ketua PAS Cawangan Pengkalan Ranggon, Mohd Rothi Adam dan Setiausahanya, Azminuddin Awang.

Sembilan orang penerima tersebut merupakan orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim menerima sebanyak RM600.00 - RM1,680.00 berdasarkan bilangan anak tanggungan masing - masing.


0 Comments:

blogger templates 3 columns | Make Money Online