Ustaz Alias meninjau dari dekat kerosakan pada salah sebuah kereta akibat ribut.
Ustaz Alias bersama salah seorang peneroka yang rumahnya mengalami kerosakan teruk.
Ustaz Alias bertanya khabar kepada seorang peneroka di FELDA Kerteh 6.
Ustaz Alias bersama Pengurus FELDA Kerteh 5, Hj Ariffin di lokasi salah sebuah rumah mangsa.
Ustaz Alias meninjau kerosakan rumah manga ribut dari dekat.
Omar Abdul Rahman, 46 tahun menunjukkan sebatang pokok besar yang tumbang.
Unit Amal sedang membersih lantai salah sebuah rumah yang dilanda ribut.
Unit Amal sedang memotong dan membersih pokok yang tumbang.
Kerteh, 19hb. September - Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik meluangkan masa setengah hari untuk menziarah dan meninjau rumah mangsa ribut di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6 pada pagi semalam.
Kejadian ribut disertakan hujan lebat tersebut menyebabkan hampir 60 buah rumah di FELDA Kerteh 5 dan 100 buah di FELDA Kerteh 6 mengalami kerosakan.
Tinjauan wakil www.pemuda pas kemasik.blogspot.com di tempat kejadian mendapati kebanyakan rumah mengalami kerosakan pada struktur bumbung akibat asakan ribut kuat.
Selain rumah, beberapa buah kereta juga terlibat apabila garaj kereta tersebut runtuh dan menghempap kereta.
Rosman Rani, 36 tahun berkata, 'garaj kereta saya runtuh dan menghempap sebahagian besar badan kereta, cermin hadapan dan belakang pecah dan kerosakan teruk pada bumbung dan kos untuk membaikinya dianggarkan RM15,000', katanya yang juga merupakan Setiausaha PAS Cawangan FELDA Kerteh 5.
Seorang lagi mangsa, seorang anak peneroka, Ibrahim Daud menceritakan detik - detik kejadian, 'lebih kurang pukul 4.00 petang angin kuat disertai dengan hujan lebat turun dan dalam masa 10 minit terakhir rumah bapa saya bergoyang dan beberapa kepingan bumbung diterbangkan angin', jelasnya.
'Apabila suasana telah reda, saya keluar rumah dan mendapati bahagian depan kereta GEN-2 saya kemek teruk dipercayai akibat dihentam objek yang berterbangan, kos membaikinya dianggarkan RM3,000', ujarnya lagi.
Bagi peneroka, Omar Abdul Rahman, 46 tahun, beliau bersyukur kepada Allah kerana rumahnya hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian bumbung dan kesemua ahli keluarganya selamat dari kejadian tidak diingini.
Ustaz Alias yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kemaman sempat beramah mesra dengan Pengurus FELDA Kerteh 5, Haji Ariffin yang turun ke lokasi kejadian bagi mendapat maklumat dari mangsa.
Ustaz Alias berkata, 'saya dimaklumkan oleh Pengurus FELDA Kerteh 5, Haji Ariffin setakat ini seramai 60 peneroka di FELDA Kerteh 5 dan 100 orang di FELDA Kerteh 6 telah membuat laporan kerosakan rumah mereka di Pejabat Pengurusan FELDA', katanya.
Beliau seterusnya berkata, 'pihak Pengurusan FELDA ada memaklumkan mengenai insuran bencana dan semua kerja - kerja membaiki kerosakan akan dibuat oleh pihak insuran dalam tempoh tersekat ini', jelasnya lagi.
Pengarah PAS DUN Kemasik berkata mengenai kejadian ribut tersebut, 'Pihak PAS DUN Kemasik ingin merakamkan perasaan simpati dengan musibah yang melanda dan berharap semua mangsa bersabar dengan ujian Allah ini', katanya.
Beliau menambah, 'Apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya berharap para peneroka dapat bermuhasabah diri dan redha dengan apa yang berlaku', katanya lagi.
'Pihak PAS DUN Kemasik Insyaallah akan menganjurkan solat hajat delam masa terdekat ini bersama para peneroka FELDA untuk memohon agar peristiwa ini tidak akan berulang kembali dan dijauhkan dari segala musibah', katanya mengakhiri kenyataan.

1 Comment:
How to get titanium white octane
The galaxy watch 3 titanium only other titanium wheels way to titanium nail get a titanium White octane is to use the Merkur titanium mens rings 510R. This is a longer and more titanium automatic watch durable DE-70C.
Post a Comment